Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475703
Title: | Pendekatan ta'dib dalam menangani emosi pelajar akibat krisis keluarga |
Authors: | Rusliza Othman (P68746) |
Supervisor: | Salasiah binti Hanin Hamjah, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Ta'dib Emotional problems of teenagers |
Issue Date: | 7-Jul-2015 |
Description: | Ta’dib merupakan pendidikan adab yang berteraskan konsep ilmu dan amal. Pendidikan hari ini memerlukan kepada pendekatan yang baharu dalam menangani emosi pelajar akibat krisis keluarga. Namun pada masa kini, permasalahan emosi pelajar yang dikaitkan dengan krisis keluarga kurang diberi perhatian sehingga wujudnya gejala negatif dalam kalangan pelajar. Pelbagai langkah perlu dilakukan bagi mengatasi isu pendidikan hari ini. Justeru, objektif kajian adalah untuk mengkaji konsep ta’dib menurut perspektif Islam, mengenal pasti faktor krisis keluarga dalam kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di daerah Kuala Terengganu dan mengenal pasti emosi pelajar akibat krisis keluarga. Di samping itu, kajian ini untuk menganalisis pendekatan ta’dib yang diamalkan oleh pendidik di SBP daerah Kuala Terengganu dalam menangani emosi pelajar akibat krisis keluarga. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Soal selidik digunakan sebagai instrumen utama bagi mendapatkan data di samping temu bual sebagai instrumen tambahan. Seramai 212 orang pelajar telah terlibat sebagai responden dalam kajian ini yang dipilih secara rawak berlapis. 6 orang informan yang terdiri daripada guru pendidikan Islam / Bahasa Arab, kaunselor dan guru warden telah ditemu bual. Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan SPSS version 21 dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan, dan min (purata). Hasil kajian mendapati faktor agama dan komunikasi merupakan faktor utama krisis keluarga dalam kalangan pelajar, diikuti oleh ekonomi, sosial, psikologi dan pendidikan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa emosi sedih pelajar akibat krisis keluarga menyumbang min tertinggi (min=3.47). Selain itu, terdapat lima pendekatan ta’dib dipraktikkan di SBP daerah Kuala Terengganu. Secara keseluruhannya, pendekatan ta’dib yang diaplikasikan di SBP daerah Kuala Terengganu dalam menangani emosi pelajar akibat krisis keluarga berada pada tahap yang tinggi (min=3.38). Ini menunjukkan pendekatan ta’dib ini sangat sesuai diamalkan dalam sistem pendidikan hari ini. Kajian ini boleh diguna pakai oleh agensi yang terlibat dengan pendidikan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru dan SBP dalam melakukan transformasi pendidikan ke arah pembentukan insan yang beradab.,Master / Sarjana |
Pages: | 209 |
Call Number: | BF724.3.E5R84 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.