Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475695
Title: | Hadiah sebagai promosi perbankan Islam menurut perspektif Islam |
Authors: | Siti Norintan Masri'alah (P59585) |
Supervisor: | Mat Noor Mat Zain, Dr. |
Keywords: | Perbankan Islam Industrial promotion |
Issue Date: | 25-Aug-2015 |
Description: | Perbankan Islam telah mengalami pertumbuhan dan transformasi yang semakin memberangsangkan. Kemajuan ketara ini menyebabkan persaingan yang hebat antara pengamal industri untuk memenangi hati pelanggan melalui pelbagai bentuk promosi dengan pemberian hadiah tertentu. Walau bagaimanapun, kepelbagaian itu mengundang beberapa permasalahan yang melibatkan hukum syarak kerana terdapat bentuk-bentuk promosi produk perbankan Islam yang dikaitkan dengan unsur-unsur perjudian, kesamaran, dan penipuan. Selain itu, tiada garis panduan khusus untuk pengamal industri melaksanakan aktiviti promosi produk perbankan Islam yang tidak diragui. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kedudukan hadiah sebagai promosi menurut perspektif Islam. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti bentuk-bentuk aktiviti promosi dengan pemberian hadiah yang ditawarkan oleh bank-bank Islam yang berlesen di Malaysia. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menilai bentuk-bentuk promosi produk perbankan Islam dengan pemberian hadiah berdasarkan hukum Islam. Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian dan kaedah temubual secara separa struktur sebagai metode pengumpulan data. Hasil kajian mendapati, terdapat tujuh bentuk promosi produk perbankan Islam yang sering diaplikasikan. Bentuk-bentuk promosi ini secara umum tidak bersalahan dengan syarak sekiranya mematuhi syarat-syarat tertentu dalam prinsip muamalat Islam dan dalam masa yang sama tidak bersalahan dengan kontrak syariah yang diaplikasikan oleh produk perbankan tersebut. Namun, terdapat beberapa bentuk promosi yang menimbulkan kekeliruan yang memerlukan kepada penambahbaikan. Pemberian hadiah promosi berbentuk wang tunai atau barangan lain bagi produk deposit perlu diteliti untuk mengelakkan unsur riba berlaku. Hadiah perlu dikeluarkan oleh pihak ketiga bukan daripada wang deposit atau hasil keuntungan pelanggan. Melalui kajian ini, dapat mendorong institusi perbankan membuat penyelidikan bagi mewujudkan satu garis panduan khusus berkaitan promosi produk perbankan Islam di Malaysia.,Master / Sarjana |
Pages: | 156 |
Call Number: | HC79.I53S59 2015 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.