Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475599
Title: Pemegunan ionofor dan enzim dalam membran polimer metakrilat-akrilat untuk biosensor potentiometrik
Authors: Loh Han Chern
Supervisor: Lee Yook Heng, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pemegunan ionofor
Polimer metakrilat-akrilat
Biosensor potentiometrik
Biosensors
Issue Date: 9-Apr-2002
Description: Dalam kajian ini, biosensor potentiometrik urea direka bentuk berasaskan prinsip hidrolisis urea oleh enzim urease yang mengakibatkan perubahan kepekatan ion H+. Biosensor yang direka bentuk mengandungi dua membran yang disalutkan ke atas elektrod Ag/ AgCl. Kedua-dua membran ini ialah membran metakrilat-akrilat tanpa pemplastik (MB) iaitu MB28 dengan ionofor terpegun untuk penentuan ion H+ dan membran poli(2-hidroksil etil metakrilat) (pHEMA) yang terpegun dengan enzim urease untuk tujuan pengesanan urea. Kajian ini dilakukan dalam tiga peringkat, iaitu sintesis serta pencirian kopolimer metakrilat-akrilat, pemegunan ionofor tridodesilamina (ionofor H+) serta penilaian respons ion W (pH) dan pemegunan enzim urease serta mengkaji respons terhadap urea. Empat jenis kopolimer disediakan daripada metil metakrilat (M) dan n-butil-akrilat (B) secara pempolimeran radikal be bas dalam pelarut. Komposisi kopolimer yang ditentukan melalui spektroskopi FTNMR menurut penurunan kandungan n-butil-akrilat ialah MBI9, MB28, MB37 dan MB46. Suhu peralihan kaca untuk kopolimer ini yang diukur secara kalorimeter imbasan pembeza masing-maisngnya ialah MB19 = -33.82 �c, MB28 = -22.21 -c, MB37 = -12.66 -c dan MB46 = -5.95 C. Kopolimer MB19 dan MB28 dapat berfungsi sebagai membran pemilih proton selepas pemegunan bersama tridodesilamina dan satu garam lipofilik kerana mempunyai suhu peralihan kaca yang cukup rendah. Namun demikian
Pages: 111
Call Number: R857.B54.L63 2002 thesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.