Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475591
Title: Penggunaan yamin dalam pensabitan kes mal di mahkamah syariah Negeri Sembilan dari tahun 2007-2009
Authors: Norita Kamaruddin
Supervisor: Prof. Madya Dr. Zaini Nasohah
Keywords: Penggunaan yamin
Kes mal di mahkamah syariah
Mahkamah Syariah
Oaths (Islamic law)
Courts
Islamic -- Malaysia
Issue Date: 17-Jan-2012
Description: Al-Yamm Merupakan Salah Satu Keterangan Yang Diterima Pakai di Mahkamah Syariah. Tujuan pensyariatan yamin adalah untuk menyelesaikan perbalahan, mengembalikan hak kepada tuannya dan menyelamatkan maruah dari tohmahan. Kajian ini dilakukan bertujuan meneliti konsep yamin menurut syarak dan penggunaannya di Mahkamah Syariah Negeri Sernbilan khususnya di dalam pensabitan kes-kes mal. Kajian juga bertujuan untuk mengenalpasti peruntukan- peruntukan di dalam Enakrnen Keterangan Mahkamah Syariah dan Enakrnen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Sembilan yang berkaitan yamm serta melihat . bagaimana tatacara perlaksanaannya. Jenis kajian ini menggunakan rekabentuk kualitatif rnenerusi pendekatan kajian kes. Pengumpulan data diperolehi rnelalui kajian dokumentasi, temubual dan pernerhatian. Kajian dokumentasi rnerangkumi penelitian konsep yamm di dalam kitab-kitab fiqah dan peruntukan dalam enakrnen. Kajian turut meneliti fail-fail kes mal yang melibatkan yamm dari tahun 2007-2009. Kajian ini juga rnenggunakan kaedah temubual. Temubual berstruktur dibuat ke atas dua hakim Mahkamah Syariah yang dikenalpasti rnanakala temubual tidak berstruktur dibuat ke atas beberapa orang pegawai Mahkamah Syariah. Hasil kajian ini rnendapati pensyariatan yamm sebagai pembuktian dalam perbicaraan tidak dipertikaikan lagi. Hasil kajian di lapangan pula mendapati jumlah penggunaan yamin dari tahun 2007- 2009 adalah sebanyak 483 kes. Penggunaan yamin yang terbanyak di Mahkamah Tinggi Syariah adalah kes yang rnelibatkan pengesahan nikah poligami iaitu sebanyak 15 kes. Manakala di Mahkamah Rendah Syariah pula kes yang banyak menggunakan yamm adalah fasakh iaitu sebanyak 168 kes. Berdasarkan kes-kes tersebut didapati ada yamm yang digunakan untuk menjatuhkan hukurnan dan ada juga yamm diaplikasikan untuk rneyakinkan dan menyenangkan pihak-pihak yang berkenaan. Pelbagai kategori al-yamin diguna pakai dan diaplikasikan seperti yamm al-istizhar, yamm al-muddd ii alaih
Pages: 151
Call Number: BP158.O2.N645 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.