Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475587
Title: Hubungan antara ciri lembaga pengarah dan struktur pemilikan dengan prestasi syarikat kecil dan sederhana di Malaysia
Authors: Nor Hazwani Hassan (P55545)
Supervisor: Takiah Mohd Iskandar, Prof Dr.
Keywords: Hubungan antara ciri
Lembaga pengarah
Struktur pemilikan
Prestasi syarikat kecil
Prestasi syarikat sederhana
Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 14-Oct-2014
Description: Kajian tadbir urus korporat dalam syarikat kecil dan sederhana sebelum ini lebih tertumpu kepada negara maju. Namun bagi negara membangun seperti Malaysia, bukti empirikal masih sedikit. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan tadbir urus korporat di kalangan syarikat kecil dan sederhana di Malaysia. Secara khususnya, kajian ini memberi tumpuan kepada ciri-ciri lembaga pengarah dan struktur pemilikan dan bagaimana mekanisme ini memberi kesan kepada prestasi syarikat kecil dan sederhana. Ciri-ciri lembaga pengarah termasuk saiz, komposisi lembaga, dualiti ketua pegawai eksekutif, kepakaran dan etnik lembaga pengarah. Kajian ini juga mengkaji hubungan antara pemilikan keluarga dan pemilikan pengurusan dengan prestasi syarikat. Kaedah kaji selidik telah dijalankan di Kuala Lumpur dan Selangor untuk mengumpul data bagi pengujian hipotesis. Implikasi kajian ini kepada pemilik dan pengurus syarikat ialah agar dapat membantu meningkatkan pembuatan keputusan dan prestasi syarikat. Hasil menunjukkan lembaga pengarah luaran dan dualiti ketua pegawai eksekutif mempunyai hubungan signifikan yang positif dengan prestasi syarikat-syarikat. Manakala pemilikan pengurusan mempunyai hubungan negatif signifikan kepada prestasi syarikat. Namun, keputusan menunjukkan tiada hubungan signifikan antara saiz lembaga pengarah, kepakaran, etnik lembaga pengarah dan pemilikan keluarga dengan prestasi syarikat kecil dan sederhana di Malaysia.,Master/Sarjana
Pages: 130
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.