Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475586
Title: Gaya kepimpinan, budaya keusahawanan, sistem kawalan pengurusan dan prestasi koperasi di Malaysia
Authors: Siti Yusnida Mohd Yusof (P56071)
Supervisor: Rozita Amiruddin, Dr.
Keywords: Gaya kepimpinan
Budaya keusahawanan
Sistem kawalan pengurusan
Prestasi koperasi
Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 30-Jan-2015
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh gaya kepimpinan anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan budaya keusahawanan keatas sistem kawalan pengurusan (SKP) serta kesannya kepada prestasi koperasi di Malaysia. Secara spesifik, ianya mengkaji peranan penengah SKP ke atas hubungan antara gaya kepimpinan ALK dan budaya keusahawanan, dan prestasi koperasi. Gaya kepimpinan ALK di kaji daripada dua dimensi (1) penekanan struktur dan (2) timbang rasa. SKP pula di konsepkan berasaskan objek rangka kerja kawalan oleh Merchant dan Van der Stede (2011) yang terdiri daripada empat jenis kawalan; kawalan tindakan, kawalan hasil, kawalan personel dan kawalan budaya. Dua pertama kawalan adalah SKP formal dan kawalan kemudian adalah SKP informal. Berasaskan teori kontingensi, empat hipotesis penengah kontingensi di bangunkan; SKP formal dipadankan dengan gaya kepimpinan penekanan struktur ALK, SKP informal dipadankan dengan gaya kepimpinan timbang rasa ALK, SKP formal dipadankan dengan budaya keusahawanan dan SKP informal dipadankan dengan budaya keusahawanan; dan kesan ke atas prestasi koperasi. Data dikutip menggunakan soal selidik (secara pos dan edaran langsung) kepada 417 buah koperasi saiz sederhana dan besar. Responden kajian terdiri daripada pengurus atau pegawai koperasi yang setara. Sejumlah 215 soal selidik telah dikembalikan dimana hanya 163 soal selidik (39.1% kadar pulangan) digunakan untuk analisis selanjutnya. Hasil analisis faktor mendapati kesemua pembolehubah kajian dikekalkan seperti dikonsepkan kecuali SKP. SKP terdiri daripada dua jenis kawalan; SKP formal dan SKP informal. Hipotesis kajian diuji menggunakan analisa penengah mudah SPP makro Hayes dan Preacher. Dapatan kajian mendapati SKP formal menengah sepenuhnya hubungan antara gaya kepimpinan penekanan struktur ALK dan prestasi koperasi. Sebaliknya, hasil kajian tidak menyokong kesan penengah SKP informal ke atas hubungan antara gaya kepimpinan timbangrasa ALK dan prestasi koperasi. Hanya SKP formal menengah sepenuhnya hubungan antara budaya keusahawanan dan prestasi koperasi. Ini menunjukkan SKP formal mempunyai pengaruh penengah signifikan dan perlu disesuaikan dengan gaya kepimpinan penekanan struktur ALK dan budaya keusahawanan. Implikasinya SKP formal dapat membantu meningkatkan keberkesanan gaya kepimpinan penekanan struktur ALK dan penerapan budaya keusahawanan untuk mencapai kejayaan koperasi. SKP formal disarankan sebagai alat pengurusan utama untuk mengawal dan mengarah tingkah laku pengurus koperasi seiringan dengan matlamat koperasi dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi anggota. Selain menampung kekurangan kajian SKP dalam sektor koperasi serta peranan pengurusan atasan (i.e. ALK) dalam reka bentuk dan penggunaan SKP, dapatan kajian ini juga menyediakan input kepada pengurusan koperasi dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi pembentukan polisi, peraturan, urustadbir dan operasian berkaitan reka bentuk dan keberkesanan SKP.,Master/Sarjana
Pages: 189
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.