Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475575
Title: Agen mudah alih untuk e-lelong patuh syariah yang selamat
Authors: Nor Aimuni Md Rashid (P63370)
Supervisor: Rossilawati, Dr.
Keywords: Agen mudah alih
E-lelong
Syariah
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 31-Jan-2015
Description: Lelongan elektronik (e-Lelong) telah memperkenalkan proses baru dalam cara lelongan dijalankan yang memerlukan kajian untuk memastikan kepatuhan kepada prinsip syariah (prinsip-prinsip Islam yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah). Penggunaan agen perisian mudah alih dalam pasaran e-Lelong menambahkan kuasa keleluasaan kepada pembida. Khususnya ia membolehkan agen untuk lebih cepat bertindak balas kepada perubahan setempat dalam pasaran e-Lelong dan pembida mampu membuat keputusan strategi lebih cepat berbanding agen jarak jauh atau pengguna biasa. Walaubagaimanapun, agen mudah alih sering dikaitkan dengan isu-isu serangan berniat jahat dari pelbagai sumber yang mungkin mengubah maklumat sensitif yang dibawany. E-Lelong berasaskan agen mudah alih harus memenuhi konsep patuh syariah dan menangani masalah yang berpunca daripada aktiviti penipuan lelongan dalam talian. Kebanyakan penipuan lelongan seperti pembidaan penjudi (bid shilling) dan perlindungan bidaan (bid shielding) secara jelas melanggar peraturan transaksi syariah. Jika penyerang mendapat maklumat mengenai data sensitif seperti harga maksimum pembida, ia boleh memanipulasi maklumat untuk menaik-naikkan harga (najash). Tumpuan kajian adalah untuk menangani masalah pembidaan penjudi (bid shilling) dengan mencadangkan sistem e-lelong patuh syariah berasaskan agen mudah alih yang merangkumi protokol keselamatan untuk pengesahan agen mudah alih dan kerahsiaan maklumat sensitif. Suatu reka bentuk seni bina sistem telah dibangunkan untuk melaksanakan proses keselamatan bagi menjamin keselamatan semasa perpindahan agen mudah alih daripada hos pengguna ke pasaran e-lelong. Agen mudah alih diguna untuk membawa data pembida dan penjual. Protokol kriptografi seperti penyulitan/penyahsulitan, tandatangan digital dan fungsi cincangan digunakan dan diaplikasi pada data sensitif yang berisiko tinggi dan rendah. Suatu prototaip sistem e-lelong patuh syariah berasaskan agen mudah alih telah dibangunkan. Sistem ini mengimplementasi lima ciri patuh syariah iaitu pengesahan identiti, penerangan produk, penarik balikkan bidaan, harga permulaan dan waktu penutup lelongan serta lima ciri keselamatan iaitu pengesahan, integriti, kebersendirian data, tanpa sangkalan dan ketanpanamaan. Analisis eksplanatori dilakukan ke atas ciri patuh syariah dan ciri keselamatan yang telah dilaksanakan berdasarkan implementasi prototaip. Hasil analisis mendapati sistem e-lelong berasaskan agen mudah alih ini mampu menangani sebahagian isu ketidakpatuhan kepada syariah. Dari perspektif reka bentuk, seni bina ini membantu untuk mengelakkan penyerang untuk mencapai maklumat harga maksimum dengan menggunakan protokol kriptografi. Ini akan menghalang penyerang daripada bertindak sebagai pembida palsu dan meningkatkan harga bidaan melebihi nilai sebenar item.,Master/Sarjana
Pages: 137
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475575
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.