Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475570
Title: Amalan pengambilan sarapan pagi dan faktor-faktor yang berkait dengannya dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekitar Lembah Klang
Authors: Intanlianazafira Ismail (P50285)
Supervisor: Zaleha Md Isa, Prof Madya Dr.
Keywords: Amalan sarapan pagi
Sarapan pagi
Faktor-faktor sarapan pagi
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Lembah Klang
Health surveys
Issue Date: 11-Jul-2013
Description: Sarapan pagi merupakan hidangan terpenting dalam sehari. Namun, masih ramai yang kurang mempedulikan peranannya. Kurangnya pengetahuan dan sikap yang negatif terhadap kepentingan pemakanan sihat turut mendorong individu mengabaikan pengambilan sarapan pagi. Matlamat utama kajian ini adalah untuk meninjau amalan pengambilan sarapan pagi dan faktor-faktor yang berkaitan dengannya. Seramai 933 pelajar (18 hingga 24 tahun) dari 8 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 17 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah dipilih secara persampelan kluster. Data dikumpul menggunakan instrumen soal-selidik isi sendiri yang meliputi soalan mengenai pengetahuan, sikap dan amalan pengambilan sarapan pagi. Kajian ini juga bertujuan untuk membandingkan corak pengambilan sarapan pagi antara pelajar aliran sains kesihatan dan pelajar bukan aliran sains kesihatan; serta di antara pelajar IPTA dan IPTS. Hasil kajian menunjukkan dari sejumlah 933 orang responden yang menyertai kajian ini, seramai 763 orang (81.8%) responden mengambil sarapan pagi. Faktor bangsa didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan amalan pengambilan sarapan pagi. Responden berbangsa Cina adalah yang paling ramai mengambil sarapan pagi iaitu seramai 103 (87.3%) diikuti oleh responden Melayu, 608 orang (81.7%), responden India 34 orang (68.0%) dan lain-lain bangsa, 16 orang (84.2%). Seramai 471 orang (85.5%) pelajar perempuan mengambil sarapan pagi berbanding pelajar lelaki, 292 orang (76.4%). Responden yang tidak pernah merokok didapati dua kali lebih cenderung untuk mengambil sarapan pagi berbanding mereka yang pernah merokok. Sikap responden juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan amalan pengambilan sarapan pagi di mana seramai 539 (87.4%) responden yang mempunyai sikap positif terhadap pengambilan sarapan pagi mengamalkan sarapan pagi berbanding 183 (67.8%) dalam kalangan responden yang bersikap negatif. Manakala tidak terdapat perbezaan corak pengambilan sarapan pagi di antara pelajar aliran sains kesihatan dan pelajar bukan aliran sains kesihatan; serta di antara pelajar IPTA dan IPTS. Kesimpulannya, faktor sikap terhadap pengambilan sarapan pagi, bangsa, tidak pernah merokok, makan lewat malam, bangun sebelum pukul 7 pagi dan melakukan aktiviti fizikal mempengaruhi amalan pengambilan sarapan pagi responden.,Master/Sarjana
Pages: 132
Call Number: tesis WA900 .I61a 2013 9HUKM
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.