Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475546
Title: Pemegunan ionofor dan enzim dalam membran polimer metakrilat-akrilat untuk biosensor potentiometrik
Authors: Loh Han Chern
Supervisor: Musa Ahmad, Prof Dr.
Keywords: Pemegunan ionofor
Polimer metakrilat-akrilat
Biosensor potentiometrik
Enzim
Biosensors
Issue Date: 9-Apr-2002
Description: Dalam kajian ini, biosensor potentiometrik urea direka bentuk berasaskan prinsip hidrolisis urea oleh enzim urease yang mengakibatkan perubahan kepekatan ion H+. Biosensor yang direka bentuk mengandungi dua membran yang disalutkan ke atas elektrod AgI AgCI. Kedua-dua membran ini ialah membran metakrilat-akrilat tanpa pemplastik (MB) iaitu MB28 dengan ionofor terpegun untuk penentuan ion H+ dan membran poli(2-hidroksil etil metakrilat) (pHEMA) yang terpegun dengan enzim urease untuk tujuan pengesanan urea. Kajian ini dilakukan dalam tiga peringkat, iaitu sintesis serta pencirian kopolimer metakrilat-akrilat, pemegunan ionofor tridodesilamina (ionofor H+) serta penilaian respons ion W (pH) dan pemegunan enzim urease serta mengkaj i res pons terhadap urea. Empat jenis kopolimer disediakan daripada metil metakrilat (M) dan n-butil-akrilat (B) secara pempolimeran radikal bebas dalam pelarut. Komposisi kopolimer yang ditentukan melalui spektroskopi FTNMR menurut penurunan kandungan n-butil-akrilat ialah MB 19, MB28, MB37 dan MB46. Suhu peralihan kaca untuk kopolimer ini yang diukur secara kalorimeter imbasan pembeza masing-maisngnya ialah MB 19 = -33.82 -c, MB28 = -22.21 -c, MB37 = -12.66 -c dan MB46 = -5.95 -c. Kopolimer MB19 dan MB28 dapat berfungsi sebagai membran pemilih proton selepas pemegunan bersama tridodesilamina dan satu garam lipofilik kerana mempunyai suhu peralihan kaca yang cukup rendah. Namun demikian, hanya MB28 sahaja yang dipilih untuk kaj ian yang seterusnya. Respons potentiometrik yang optima untuk membran MB28 terhadap ion H+ ialah 56.39 mV/dekad yang menghampiri nilai Nernst, iaitu 59.16 mV/dekad pada suhu bilik. Julat respons linearnya juga luas, iaitu daripada -log [H+] 4.5 sehingga 9.5 (R2 = 0.99). Tidak terdapat gangguan daripada 0.1 M kation natrium, kalium, kalsium dan magnesium ke atas respons H+ (-log pekali keselektifan ialah 7.15 hingga 8.73). Satu lapisan membran pHEMA yang mengandungi enzim urease kemudiannya disalutkan ke atas membran MB28. Hasil kajian menunjukkan bahawa biosensor urea ini memberi kepekaan sebanyak 15.0 mV/dekad (0.003-21.4 mM), 45.9 mV/dekad (0.0016-21.4 mM) dan 42.7 mV/dekad (0.0016- 0.32mM) masing-masing dalam kehadiran urea dengan 0.01 M, 0.005 M dan 0.0001 M TrisHCI. Julat pengesanan biosensor ini berada dalam julat kepekatan urea yang terdapat dalam serum darah manusia iaitu 2.5-8.6 mM. Justeru itu, biosensor yang direkabentuk berpotensi digunakan untuk analisis urea dalam darah manusia. Selain itu, biosensor ini juga mampu menentukan kehadiran logam berat seperti argentum dan plumbum. Dengan kehadiran 0.1 bpb Ag + dan 0.4 bpb Pb2+, perencatan aktiviti enzim dalam biosensor masing-masing ialah 12.51 % dan 27.08 %. Justeru itu, biosensor urea berpotensi digunakan untuk tujuan analisis ketoksikan persekitaran.,Sarjana Sains
Pages: 111
Call Number: R857.B54.L63 2002 thesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.