Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/468015
Title: Analisis tenaga dan eksergi pengumpul fotovoltan terma (PV/T) menggunakan bendalir nano
Authors: Nur Farhana Mohd Razali (P80617)
Supervisor: Ahmad Fudholi, Dr.
Keywords: Fotovoltan terma
Bendalir nano
Thermal conductivity
Issue Date: 28-Mar-2018
Description: Bendalir penyejuk seperti udara dan air digunakan bagi meningkatkan kecekapan prestasi pengumpul fotovoltan terma (PV/T). Pekali pemindahan haba bagi udara dan air yang rendah digantikan dengan bendalir nano yang mempunyai pekali pemindahan haba lebih tinggi. Kajian ini bertujuan untuk menilai prestasi pengumpul fotovoltan terma (PV/T) laluan air dan bendalir nano (Titanium Oksida (TiO2) dan Multiwalled Carbon Nanotube (MWCNT)). Penyediaan bendalir nano menggunakan kaedah dua langkah dan penambahan surfaktan untuk menghasilkan bendalir nano yang stabil. Pencirian dan penentuan dilakukan terhadap sifat terma fizik bendalir nano pada kepekatan 0.02 wt% - 1.0 wt% dan julat suhu 25°C - 50°C. Kajian yang dijalankan menunjukkan pengaruh suhu yang ketara dan kepekatan terhadap kelikatan bendalir nano. Kekonduksian terma bendalir nano adalah lebih tinggi dibandingkan dengan air. Peningkatan kekonduksian terma sebanyak 5.75% dan 21.4% direkodkan bagi bendalir nano TiO2 1.0 wt% dan bendalir nano MWCNT 0.1 wt%. Kajian terhadap pengumpul PV/T dijalankan dengan kepekatan bendalir yang berbeza, kadar aliran bendalir (0.012 kg/s - 0.0255 kg/s) dan keamatan sinaran (500 W/m2-900W/m2) bagi menilai prestasi pengumpul PV/T berdasarkan analisis tenaga dan eksergi. Pada keamatan sinaran yang lebih tinggi, kecekapan tenaga terma meningkat manakala kecekapan tenaga elektrik menurun berikutan suhu permukaan modul bertambah. Pengumpul PV/T bendalir nano TiO2 1.0 wt% dan bendalir nano MWCNT 0.1 wt% mencatatkan kecekapan tenaga sebanyak 85%-89% dan 69%-76% berbanding air sebanyak 69%-76% pada kadar aliran bendalir 0.0255 kg/s. Kecekapan eksergi bagi bendalir nano TiO2 1.0 wt% dan MWCNT 0.1 wt% meningkat sebanyak adalah 6.02% dan 2.48% pada kadar aliran bendalir 0.0255 kg/s dibandingkan dengan bendalir air. Model matematik dibangunkan bertujuan untuk membandingkan hasil teori dan ujikaji yang dijalankan terhadap sistem PV/T. Analisis teori yang dibina adalah bersesuaian dengan hasil ujikaji yang diperolehi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 154
Call Number: TA418.54.N834 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Solar Energy Research Institute / Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101660+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
966.72 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.