Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/468009
Title: Simulasi dan fabrikasi sel suria dwimuka separa telus
Authors: Muhammad Hatim Rohaizar (P90555)
Supervisor: Suhaila Sepeai, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Sel suria
Radiasi
Wafer separa telus
Issue Date: 14-Dec-2020
Description: Trend berterusan dalam kajian ketebalan silikon Si wafer yang menjurus kepada pengurangan kos menghampiri kekangan asas iaitu; (a) ketidakpadanan pengembangan terma antara pes Al dan wafer Si, dan (b) penyerapan optik tidak lengkap. Dengan adanya elektrik kontak depan dan belakang yang simetri, sel suria dwimuka bertindak mengurangkan tekanan akibat daripada ketidakpadanan pengembangan terma, pengurangan penggunaan metal dan meningkatkan kecekapan pada suhu tinggi. Peningkatan kecekapan dicapai pada sel suria dwimuka dengan memerangkap cahaya dari permukaan belakang. Wafer separa telus memberikan pilihan untuk meningkat penyerapan radiasi inframerah di dalam wafer Si. Isu-isu ini telah diketengahkan dalam tiga objektif kajian iaitu i) pembangunan simulasi sel suria separa telus menggunakan SILVACO, ii) pembangunan dan pencirian wafer Si separa telus bagi mengawal transmisi cahaya, dan iii) fabrikasi dan pencirian sel suria dwimuka separa telus.Hasil simulasi menunjukkan bahawa wafer Si separa telus dapat menghasilkan kecekapan 18.61% tetapi semakin berkurang kepada 8% dengan kedalaman lohong semakin mendalam. Tekstur 3D dihasilkan untuk wafer separa telus mempunyai konfigurasi geometri jurang dan lohong melalui laser denyut dengan kombinasi punaran alkali dan pengoksidaan termal Si. Pencirian optik melalui transmisi IR menunjukkan peningkatan di jarak gelombang 1100 nm pada kedalaman dan kelebaran berbeza yang menentukan kadar transmisi cahaya bergerak ke permukaan belakang. Analisa pengimejan haba menunjukkan suhu dihasilkan, dan mendedahkan impak serakan dalaman apabila sinar matahari terpancar ke atas wafer separa telus. Lohong meningkatkan serakan dalaman dan kawasan penyerapan yang mempengaruhi kecekapan sel. Kecekapan sel diperoleh untuk sel berjurang adalah 4.36% untuk depan dan 1.23% untuk belakang. Sel berlohong menghasilkan 5.59% untuk depan dan 1.16% untuk belakang. Hasil pencirian menunjukkan sel berlohong meningkat penyerapan foton kerana transmisi yang tinggi berbanding sel berjurang. Keberkesanan sel berjurang merudum disebabkan oleh serakan dalaman yang meningkat penyerapan IR dekat. Cadangan penambahbaikan ke atas sel bagi meningkatkan prestasi dengan penambahan lapisan aktif pada permukaan belakang untuk meningkatkan rintangan.,Sarjana Sains
Pages: 112
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Solar Energy Research Institute / Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125272+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.