Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/468002
Title: Keselesaan terma bangunan masjid berpenyaman udara di Utara Malaysia : kajian kes Masjid AT-Taqwa Kepala Batas Pulau Pinang
Authors: Azman bin Hussin (P64489)
Supervisor: Elias Salleh, Professor Emeritus Dato’ Dr. Ar.
Keywords: Terma bangunan
Masjid
Indoor air quality
Issue Date: 1-Oct-2014
Description: Kajian lapangan telah dilakukan untuk mengenalpasti corak iklim dalaman dan menghasilkan kaedah penggunaan alat penyaman udara yang efisien, faktor yang mempengaruhi pemilihan pakaian dan menentukan nilai penebatan serta mendapatkan suhu keselesaan dan terma rasa penghuni (AMV) serta hubungkaitnya dengan model ramalan PMV di bangunan Masjid yang menggunakan alat penyaman udara (Masjid AC). Kajian telah dilakukan antara bulan November 2012 dan April 2013 dengan melibatkan tiga mod kajian iaitu solat harian, solat Jumaat dan Ceramah Keagamaan. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi model ramalan PMV. Soal selidik mendapati terma rasa responden adalah berada dalam zon normal (neutral). Manakala model ramalan PMV adalah lebih rendah berbanding AMV bagi solat harian, solat Jumaat dan Ceramah Keagamaan iaitu dengan perbezaan 4.56°C, 4.36°C dan 2.89°C, masing-masing. Perbezaan menunjukkan bahawa keselesaan terma bangunan masjid tidak berkolerasi dengan piawaian ASHRAE Standard-55 dan ISO 7730. Sekiranya suhu ramalan PMV digunakan, implikasi yang besar akan berlaku kepada pengurusan organisasi ini daripada aspek penggunaan tenaga elektrik dan kos operasi. Hasil kajian juga mendapati suhu selesa penghuni masjid adalah antara 27.0°C hingga 31.4°C. Hasil kajian telah mencadangkan penggunaan Piawaian Prosedur Operasi (Standard Operation Procedure-SOP) bagi tatacara operasi dan pelarasan suhu alat penyaman udara di masjid AC supaya lebih efisien. Secara keseluruhan, jemaah Masjid AC mempunyai suhu selesa yang hampir kepada suhu luar yang menjadi kebiasaan kepada mereka.,Master/Sarjana
Pages: 186
Call Number: TH7687.5.A997 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Solar Energy Research Institute / Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75198+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.59 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.