Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465913
Title: Pengenalpastian dan penilaian tapak geologi bernilai warisan untuk pemuliharaan dan pelancongan di Daerah Hulu Langat
Authors: Muzaffar Yusry (P78483)
Supervisor: Tanot Unjah, Dr.
Keywords: Warisan tapak geologi -- Hulu Langat
Pemuliharaan -- Hulu Langat
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Feb-2021
Description: Penilaian warisan tapak geologi merupakan proses pengelasan sumber warisan geologi dan landskap semulajadi berdasarkan tahap kepentingan nilai warisan. Aspek penilaian ini merupakan satu keperluan bagi menyeimbangkan kegunaan tapak geologi di Hulu Langat sama ada untuk tujuan penyelidikan (saintifik), pelancongan, rekreasi dan kawasan pemuliharaan. Konsep geologi pemuliharaan digunapakai sebagai pendekatan utama yang melibatkan kaedah tinjauan secara langsung dan tidak langsung. Pembangunan set pemarkahan/skor dalam pendekatan ini adalah sebagai tafsiran terhadap nilai warisan bagi setiap tapak geologi yang dinilai. Kaedah tinjauan tidak langsung melibatkan teknik pemetaan rupabumi (topografi, foto udara, imej satelit, peta geologi) bagi mengenalpasti tapak geologi. Kaedah tinjauan secara langsung dilakukan dengan menggunakan borang penilaian sumber warisan geologi di lapangan. Borang ini dibahagikan kepada tiga bahagian; 1) maklumat umum geotapak, 2) maklumat pencirian warisan, dan 3) maklumat pengurusan geotapak. Kaedah penilaian memberi keutamaan kepada nilai saintifik tapak geologi. Namun, aspek bukan saintifik juga penting untuk menunjukkan perhubungan diantara landskap geologi (saintifik) dengan nilai estetik, rekreasi dan budaya sesuatu tapak geologi. Penilaian dijalankan ke atas empat tapak geologi terpilih iaitu Air Terjun Sungai Tekala dan Sungai Congkak serta Mata Air Panas Semenyih dan Sungai Serai. Skor penilaian saintifik sederhana di antara 1.67 hingga 2.15, berbanding skor nilai rekreasi (1.91 - 2.99) dan nilai estetik (1.75 - 2.80) tetapi lebih tinggi berbanding skor nilai budaya iaitu di antara 1.07 hingga 1.40. Tumpuan utama kajian ini adalah bagi menentukan kaedah penilaian warisan tapak geologi di daerah Hulu Langat untuk tujuan geopelancongan dan pemuliharaan. Pembangunan sistem pemarkahan/skor dalam penilaian saintifik, estetik, rekreasi dan budaya penting untuk menjelaskan kepentingan setiap tapak geologi sebagai kawasan pemuliharaan atau pelancongan atau kedua-duanya sekali. Maklumat penilaian dalam bentuk skor digabungkan dengan maklumat kualitatif diperlukan dalam pengurusan dan perancangan sesebuah tapak geologi yang bernilai warisan dalam pelan perancangan tempatan. Usaha memulihara kawasan sumber tabii bernilai warisan khususnya geologi yang jarang diketahui umum perlu melibatkan semua lapisan masyarakat dan dilakukan secara berterusan supaya warisan ini dapat dinikmati oleh generasi kini dan juga masa akan datang.,Sarjana Sains
Pages: 234
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124915+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.41 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.