Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465910
Title: Analisis kos faedah pengurusan sisa binaan : perbandingan antara pembinan secara konvensional dan berindustri (IBS)
Authors: Siti Khadijah Satari (P42256)
Supervisor: Joy Jacqueline Pereira, Prof. Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Construction industry -- Waste disposal
Construction industry -- Management
Issue Date: 7-May-2012
Description: Pengurusan sisa merupakan satu cara pentadbiran pengurusan yang bijaksana dan berkesan di dalam mengawal dan mengurangkan sisa bahan buangan yang akan dilupuskan. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti dan menilai keupayaan pengurangan sisa binaan dalam konteks penjimatan kos di tapak pembinaan bagi pembinaan konvensional dan sistem pembinaan berindustri (IBS). Bagi mencapai tujuan ini, dua tapak pembinaan yang mempunyai kos pembinaan hampir sama dikaji iaitu tapak pembinaan Casa Desa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (pembinaan konvensional) dan tapak pembinaan Parcel 7, Presint 9, Putrajaya (IBS). Kajian lapangan dijalankan untuk mengenalpasti punca dan jenis sisa binaan, komposisi sisa binaan yang terjana di tapak pembinaan serta komposisi sisa yang diguna semula dan dikitar semula oleh kontraktor pembinaan di tapak pembinaan. Analisis Kos Faedah (CBA) digunakan untuk mengenalpasti keupayaan pengurangan sisa binaan dari segi penjimatan kos di tapak pembinaan. Penemuan kajian mendapati dengan keluasan lantai 101,297.30 m2, kadar penjanaan sisa binaan konvensional adalah 5.3 tan per 100 m2 sementara dengan keluasan lantai 116,666.06m2 kadar penjanaan sisa binaan IBS adalah 1.7 tan per 100m2. Ini menunjukkan pembinaan konvensional menjana sisa lebih tinggi berbanding pembinaan secara IBS. Kajian komposisi sisa menunjukkan 33.7% daripada 5,357.48 tan sisa binaan konvensional diguna semula dan dikitar semula. Manakala 95.3% daripada 1,994.61 tan sisa pembinaan IBS diguna semula dan dikitar semula. Analisis kos faedah menunjukkan, keuntungan bersih bagi penggunaan semula dan kitar semula sisa dianggarkan 0.87% daripada jumlah kos pembinaan bagi pembinaan konvensional dan 0.15% bagi pembinaan IBS. Analisis kos faedah membuktikan bahawa penggunaan semula dan kitar semula sisa binaan boleh dilaksana dari segi ekonomi, di mana penjimatan kewangan boleh dicapai oleh industri pembinaan. Penggunaan prefabrikasi dalam pembinaan IBS pula dilihat sebagai alternatif terbaik berbanding kaedah konvensional. Ia bukan sahaja menjanjikan penjanaan sisa yang sangat kurang malah secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pembinaan dalam jangka masa panjang.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Sains
Pages: 133
Call Number: TD899.C5885S5936 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121860+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
780.08 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.