Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465905
Title: Memprofilkan guru Bahasa Inggeris yang berpotensi untuk mendidik amalan penjimatan air di Institusi Pengajian Tinggi Awam di negeri Selangor
Authors: Wan Nur'ashiqin Wan Mohamad (P51435)
Supervisor: Mazlin bin Mokhtar, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Water conservation-Selangor.
Water conservation-Study and teaching (Higher)-Selangor.
Environmental education-Selangor.
Water efficiency.
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Sep-2013
Description: Kajian bertujuan mengenal pasti profil pendidik amalan penjimatan air dalam kalangan pengajar Bahasa Inggeris di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Profil dibangunkan berdasarkan empat konstruk: (1) kepercayaan (beliefs) umum terhadap alam sekitar; (2) kepercayaan (beliefs) khusus terhadap alam sekitar; (3) amalan penjimatan air; dan (4) aktiviti dalam kelas yang sesuai untuk pendidikan amalan penjimatan air. Profil ini dibandingkan dengan Teori Difusi Inovasi (Rogers 1962, 2003) untuk menggambarkan kadar waktu penerimaan tanggungjawab ini. Teori ini menerangkan proses di mana suatu inovasi dikomunikasikan melalui saluran tertentu selama jangka waktu tertentu terhadap anggota suatu sistem sosial. Subjek kajian ialah pengajar Bahasa Inggeris di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Negeri Selangor. Persampelan kelompok berstrata digunakan untuk mengenal pasti sampel dari tiga jenis Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, iaitu Universiti Penyelidikan, Universiti Komprehensif, dan Politeknik. Sebanyak 291 soal selidik yang ditadbir sendiri telah diedarkan kepada para pengajar Bahasa Inggeris di sembilan buah jabatan Bahasa Inggeris di IPTA terpilih. Satu ratus enam puluh dua (55.67%) soal selidik yang dikembalikan dianalisa dengan Model Pengukuran Rasch menggunakan perisian Winsteps� versi 3.68.2. Profil pengajar Bahasa Inggeris di IPT dipaparkan di atas peta pembolehubah di mana mereka diperlihatkan sebagai pendidik amalan penjimatan air yang berpotensi. Apabila dibandingkan dengan Teori Difusi Inovasi, responden terbahagi kepada empat kumpulan: (1) agen perubahan; (2) majoriti awal; (3) majoriti lambat; dan (4) pengamal terkemudian. Kumpulan agen perubahan merangkumi kumpulan inovator dan pengamal awal seperti dalam teori difusi tersebut. Kumpulan agen perubahan menghasilkan peratusan yang lebih tinggi (20.8% berbanding teori 16.0%), manakala kumpulan majoriti lambat mendapat peratusan yang sangat rendah (4.0% berbanding teori 16.0%). Hasil peratusan ini menunjukkan pengajar Bahasa Inggeris mempunyai potensi yang tinggi untuk dilatih sebagai pendidik amalan penjimatan air. Profil kumpulan agen perubahan dikenalpasti sebagai para pengajar Bahasa Inggeris dari Universiti Penyelidikan, lelaki atau wanita yang berumur 40 tahun ke atas, pemegang ijazah Sarjana dan mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Inggeris selama 10 hingga 14 tahun. Kesimpulannya, pengenalpastian kumpulan agen perubahan dalam kalangan pengajar Bahasa Inggeris ini dapat membantu mempercepatkan adopsi pendidikan amalan penjimatan air oleh pengajar Bahasa Inggeris di IPTA di Negeri Selangor.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 97
Call Number: TD388.5.W343
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120464+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
855.75 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.