Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465904
Title: Pengurusan kawasan tadahan berdasarkan kualiti air di utara tanah bencah Putrajaya
Authors: Mohd Zamri Daud (P29451)
Supervisor: Joy Jacqueline Pereira, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Reservoirs-Putrajaya-Management
Water quality-Putrajaya
Issue Date: 26-Mar-2012
Description: Kawasan Pentadbiran Putrajaya merangkumi 70% daripada kawasan tadahan Tasik Putrajaya. Kerja-kerja pembangunan yang dijalankan di dalam kawasan Putrajayakebiasaannya dapat dikawal dengan merujuk kepada peraturan-peraturan dan garis panduan yang telah disediakan oleh pihak Perbadanan Putrajaya dalam memastikan kualiti air Tasik dan Tanah Bencah Putrajaya sentiasa mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. Seluas 30% daripada kawasan tadahan Tasik dan Tanah Bencah Putrajaya terletak diluar pentadbiran dan kawalan pihak berkuasa Putrajaya. Kawasan tadahan Utara Putrajaya adalah kawasan tadahan yang luas yang menyumbang sebahagian besar air yang memasuki kawasan Tasik dan Tanah Bencah Putrajaya. Berasal dari anak Sg. Chuau kini ia telah membentuk satu kawasan tasik dan tanah bencah tersebut. Data kualiti air yang dilakukan oleh pihak berkuasa Putrajaya iaitu Perbadanan Putrajaya dari tahun 2002 sehingga 2008dianalisis bagi mengenalpasti masalah utama kualiti air dari kawasan Utara Tanah Bencah Putrajaya. Data kualiti air yang dicatat sepanjang tahun 2002 mendapati purata peratusan parameter yang melebihi standard Putrajaya bagi ammoniakal nitrogen (NH3-N) ialah 83.33%, E-Coliform75%, COD 25%, TSS 16.67% manakala DO,CODdan jumlah fosforusmasing-masing 8.33%. Untuk sepanjang tahun 2003, purata peratusan parameter bagi NH3-N ialah 75%, E-Coliformdan jumlah koliform 63.64%, COD 54.54%, BOD 36.36%, DO 33.33% dan TSS 9.09%. Untuk sepanjang tahun 2004, purata peratusan parameter bagi NH3-N ialah 91.67%, E-Coliform58.33%, BOD 41.67%,jumlah koliform 25%, TSS 16.67% dan jumlah fosforus 8.33%. Untuk tahun 2005, purata peratusan parameter bagi E-coliform 63.64%, NH3-Nialah 45.45%, jumlah koliform 36.36%, BOD 27.27%,jumlah fosforus 18.18%, manakalaDO dan COD masing-masing 9.09%. Untuk sepanjang tahun 2006, purata peratusan parameter bagi E-Coliformialah 62.5%, pH 50%, jumlah koliform 40%, COD 25%, manakala NH3-N, DO, TSS dan jumlah fosforus masing-masing 12.5%.Untuk sepanjang tahun 2007, purata peratusan parameter bagi E-Coliformialah 100%, DO 100%, NH3-Ndan jumlah fosforus 33.33% dan COD 16.67%. Untuk sepanjang tahun 2008, purata peratusan parameter bagi E-Coliformialah 100%, jumlah fosforus 36.37%, COD 25%, NH3-N 9.09% dan BOD 8.33%.Secara keseluruhan, analisis bagi tempoh tujuhtahun ini mendapati parameter NH3-N dan E-colifom sering kali menunjuk bacaan yang tidak mematuhi Piawaian Putrajaya.Punca utama masalah kualiti air di kawasan Tadahan Utara Tanah Bencah Putrajaya adalah kegagalan mengurus kawasan tadahan secara bersepadu dan sikap pihak berkepentingan di kawasan kajian tidak mengurus dan mengawal secara menyeluruh masalah air larian, kawasan terbuka dan kelodakan ketika membangunkan kawasan,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 136
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120149+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
908.38 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.