Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465900
Title: Pembangunan aptasensor untuk pengesanan awal penyakit berkaitan abnormaliti insulin
Authors: Mahirah Taib (P90395)
Supervisor: Tan Ling Ling, Dr.
Keywords: Insulin pumps
Diabetes -- Treatment
Insulin -- Therapeutic use
Blood sugar monitoring
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Aug-2020
Description: Pengesanan insulin sangat penting untuk mengesan pelbagai penyakit termasuklah diabetes. Aptasensor optik telah dibangunkan bagi mengesan insulin dengan pantas. Zarah silika teramina berporos digunakan sebagai bahan pemegun DNA telah disintesis dan diciri menggunakan Medan Pancaran Pengimbas Elektron (FESEM), Spektrometer Inframerah Fourier Transform (ATR-IR) dan Pembelauan Sinar-X (XRD). Penghasilan penanda aptasensor terbahagi kepada dua peringkat, peringkat pertama melibatkan tindak balas antara o-fenilindiamina dan 2,5-dihidroksibenzaldehid dengan tiga jenis ion logam peralihan seperti nikel(II), zink(II) dan kuprum(II) menghasilkan kompleks nikel(II) salfen, kompleks zink(II) salfen dan kompleks kuprum(II) salfen. Kesemua kompleks logam dicirikan dengan menggunakan teknik analisis spektroskopi Resonans Magnetik Nuklear (NMR) 1H dan 13C serta spektroskopi inframerah (ATR-IR). Kompleks nikel(II) salfen kemudian dipilih kerana sifat geometrinya yang sesatah sebelum penambahan rantai sisi piperidina [Ni(II)-SP] dalam peringkat sintesis kedua. Struktur kompleks Ni(II)-SP yang berantai sisi piperidina dibuktikan dengan pencirian NMR (1H, 13C, COSY, HMQC), ATR-IR dan spektrometri jisim. Kajian pengikatan kompleks dengan aptamer DNA dan insulin telah dilakukan menggunakan kaedah spektroskopi ultralembayung-boleh nampak (UV-Vis) dan dikroisme bulat (CD), dan mencadangkan ikatan yang berlaku antara aptamer DNA, kompleks Ni(II)-SP dengan rantai sisi piperidina dan molekul insulin adalah interkalasi separa atau pengikatan groove (minor). Fabrikasi aptasensor menunjukkan perubahan warna daripada putih kepada kuning selepas pemegunan aptamer DNA pada zarah silika teramina berporos disebabkan ikatan taut silang glutaraldehid, dan penambahan kompleks Ni(II)-SP berantai sisi piperidina dan insulin seterusnya memberikan perubahan warna kepada jingga keperangan. Pencirian aptasensor optik bagi mengesan insulin telah dilakukan menggunakan spektrofotometer pantulan gentian optik dengan keamatan maksimum pada 656 nm. Julat pengesanan linear aptasensor insulin ialah 10-50 μIU mL-1 (R2=0.9757) dengan had pengesanan (LOD) pada 3.71 μIU mL-1. Aptasensor menunjukkan masa rangsangan yang pantas iaitu 40 minit dan jangka hayat sekitar 3 minggu. Selain itu, ujian penentusahan yang membandingkan antara kaedah aptasensor optik dan kaedah komersial ELISA menunjukkan nilai t (p=0.05) dengan anggaran selang 4 darjah kebebasan lebih kecil daripada nilai t kritikal (t4=2.776). Kajian menggunakan borang soal selidik telah dijalankan bagi mengetahui tahap kesedaran responden yang terdiri daripada pelajar UKM mengenai penyakit diabetes dan sejauh mana penerimaan responden terhadap biosensor insulin aptamer sebagai langkah pencegahan awal penyakit diabetes. Hasil kajian mendapati peratusan kesedaran mencukupi responden adalah rendah iaitu 48.7% selain 83.9% daripada jumlah responden memberikan maklum balas positif dengan berminat terhadap aptasensor yang dibangunkan.,Sarjana
Pages: 131
Call Number: RC661.I63M334 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120012+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.