Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465896
Title: Penyelarasan program Badan Bukan Kerajaan (NGO) ke arah mencapai matlamat pembangunan lestari (SDGs): kajian kes global environment centre (GEC)
Authors: Mohamad Muhyiddin Hassan (P88779)
Supervisor: Lee Khai Ern, Prof. Madya Ts. Dr.
Keywords: Environmental management -- Malaysia
Sustainable development -- Malaysia
Non-governmental organizations -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Jul-2019
Description: Kajian ini meninjau keupayaan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) antarabangsa yang beribu pejabat di Malaysia, Global Environment Centre (GEC) sebagai kajian kes. Setelah agenda global 2030 iaitu Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) dilancarkan pada tahun 2015, NGO menjadi salah satu domain penyertaan dalam SDGs mewakili masyarakat sivil berikutan kelebihan sektor ketiga ini dari segi mewakili kepentingan kepelbagaian organisasi dan mempunyai aspek kemasyarakatan yang luas mengatasi sektor lain. Keupayaan GEC dikaji dalam dua bahagian iaitu keupayaan organisasi dan keupayaan institusi. Secara empirikal, keupayaan organisasi GEC sukar diukur kerana wujudnya ketidakselarasan intervensi program antara projek manakala keupayaan institusi GEC masih belum ada mekanisme yang jelas untuk menerapkan SDGs. Di peringkat global, komuniti penyelidik mula bergiat mencadangkan pendekatan lintas sektor sebagai aspirasi penerapan SDGs tetapi masih belum jelas dapat menggantikan pendekatan sektor tunggal yang menjadi punca rendahnya kadar tukar-ganti antara matlamat inisiatif terdahulu, Matlamat Pembangunan Millennium (MDGs). Sehubungan itu, kajian ini mengemukakan NGO suatu sektor penting dalam penerapan SDGs melalui Kerjasama Lintas Sektor (CSP) sebagai mekanisme governans di peringkat institusi manakala Peluasan Nilai Sosial (BSV) sebagai mekanisme penterjemahan SDGs di peringkat tempatan. Bagi menerapkan SDGs, kajian ini perlu menentukan keupayaan organisasi GEC secara pemadanan matlamat SDGs dengan projek semasa GEC dengan menggunakan perisian Atlas ti.7. Manakala penentuan keupayaan institusi GEC ditinjau secara soal selidik dengan mengumpulkan maklumat berkaitan pengetahuan dan ketersediaan rakan institusi GEC serta kesesuaian mekanisme CSP dan BSV. Pembentukan kerangka strategi dibuat setelah hasil temubual terhadap lima wakil sektor yang berbeza diperoleh berserta perbincangan dapatan kajian hasil pemadanan matlamat SDGs dan tinjauan soal selidik. Hasil pemadanan matlamat SDGs menunjukkan GEC boleh berperanan secara langsung dan tidak langsung terhadap sasaran SDGs tertentu. Dari sudut kewajaran, GEC mempunyai konstituensi yang cukup luas bermula di peringkat tempatan sehingga ke peringkat global dan mempunyai aset dan simbol kewajaran yang kukuh bagi menyokong pelaksanaan SDGs. Hasil soal selidik mendapati tahap pengetahuan dan ketersediaan rakan institusi GEC adalah sederhana, namun penerimaan mereka adalah tinggi terhadap kebolehlaksanaan mekanisme CSP dan BSV iaitu sebanyak 88.1% dan 96.6% masing-masing. Hasil tematik temu bual membantu kajian ini membentuk satu kerangka strategi penyelarasan program NGO ke arah mencapai SDGs dengan menggunakan semua hasil kajian untuk menentukan output strategi. Ketiga-tiga strategi dalam kerangka adalah pengarusperdanaan SDGs dalam komitmen berorganisasi GEC termasuk rakan institusinya, penginstitusian SDGs dalam keupayaan institusi GEC, dan penterjemahan SDGs dalam dimensi pembangunan lestari dengan masing-masing mempunyai cadangan output strategi seperti pelan bersepadu SDGs sebagai orientasi tindakan di peringkat keupayaan organisasi GEC supaya dapat meningkatkan kadar tukar-ganti antara matlamat SDGs, governans hibrid untuk mewujudkan formalisasi komitmen antara rakan institusi GEC bagi mengalih pendekatan sektor tunggal ke arah pendekatan lintas sektor dan memupuk kewarganegaraan persekitaran dalam kalangan komuniti setempat dan masyarakat awam bagi mempergiatkan keterangkuman sosial, pertumbuhan ekonomi dan perlindungan alam sekitar secara holistik.,Sarjana Sains
Pages: 279
Call Number: GE320.M4M846 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118596+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
794.61 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.