Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465894
Title: Fenomena banjir kilat dan pendekatan bukan berstruktur daerah Seremban
Authors: Norashikin Samsuri (P72170)
Supervisor: Tanot Unjah, Dr.
Keywords: Banjir kilat
Seremban
Bukan berstruktur
Pembangunan bandar
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Feb-2020
Description: Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti punca kejadian banjir kilat, peranan agensi pelaksana dan pendekatan yang telah dilaksanakan bagi mengatasi banjir kilat. Lokasi kajian adalah kawasan membangun di sekitar bandar Seremban dengan fokus terhadap lembangan Sungai Linggi. Bagi mencapai objektif kajian, kaedah kualitatif yang digunakan, melibatkan kajian perpustakaan, pemerhatian di lapangan, analisis dan sintesis data. Data primer yang diperolehi di lapangan dan data sekunder daripada bahan rujukan atas talian, bahan bercetak, data taburan hujan, laporan kejadian banjir, tarikh kejadian banjir, data topografi, data pemetaan, digunakan untuk melihat kesan banjir dan usaha yang telah dilaksanakan. Berdasarkan kajian didapati sebanyak 42 kejadian banjir berlaku di antara tahun 2002 hingga 2018 yang menunjukkan corak turun naik kejadian banjir kilat. Analisis data menunjukkan dua punca utama kejadian banjir kilat, iaitu secara semulajadi dan akibat tindakan manusia. Berdasarkan kawasan sejumlah 34 kawasan mendapat impak daripada banjir kilat dalam tempoh 6 tahun dari 2012 hingga 2018 dengan faktor penyebab banjir adalah 19 oleh tindakan manusia dan 11 oleh proses semulajadi. Turut menyumbang kepada banjir kilat adalah geografi daerah Seremban yang secara keseluruhannya berada di kawasan rendah atau merupakan bekas dataran banjir sungai utama. Pendekatan berstruktur yang dilaksanakan semasa masih belum dapat menjawab semua masalah banjir kilat malah sebaliknya meningkatkan banjir kerana mengurangkan keupayaan untuk menyerap secara semulajadi. Bagi menangani isu banjir di daerah Seremban kajian ini mencadangkan pendekatan bukan berstruktur yang memberikan impak penyelesaian jangka panjang.,Sarjana
Pages: 122
Call Number: GB1399.5.M4N637 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117532+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
26.14 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.