Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465889
Title: Sikap pihak berkepentingan terhadap undang–undang biokeselamatan di Malaysia
Authors: Noor Sharizad Rusly (P59644)
Supervisor: Latifah Amin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Biosecurity -- Malaysia
Biotechnology -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Aug-2014
Description: Malaysia telah mengenal pasti bioteknologi sebagai salah satu daripada lima teknologi utama yang mampu menjadi pemacu transformasi Malaysia ke arah negara perindustrian menjelang 2020. Namun begitu, pembangunan yang pesat dalam bidang ini telah mendatangkan kebimbangan masyarakat lebih-lebih lagi melibatkan isu keselamatannya. Di Malaysia, Akta Biokeselamatan 2007 telah diluluskan pada 11 Julai 2007 dan dikuatkuasakan pada 1 Disember 2009 untuk mengawal selia bioteknologi moden dan produknya. Namun terdapat kritikan yang mengusulkan beberapa kekurangan akan Akta ini. Justeru penilaian kecukupan peraturan sedia ada untuk memastikan keselamatan penggunaan bioteknologi dan hasilannya, perlu dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kepercayaan terhadap pihak kerkeutamaan, keterlibatan pihak berkepentingan dalam aktiviti kawal selia, menilai tahap pengambilkiraan prinsip penting dalam Akta Biokeselamatan 2007, persepsi pihak berkepentingan terhadap kecukupan penilaian dan pengurusan risiko, kecukupan denda dan hebahan umum serta sikap terhadap peraturan biokeselamatan di Malaysia. Kajian ini turut membandingkan sikap terhadap biokeselamatan dan faktor peramalnya berdasarkan faktor demografik disamping mengenalpasti faktor-faktor peramal kepada sikap terhadap biokeselamatan. Sehubungan dengan itu, satu set soal selidik telah diedarkan kepada 451 orang responden yang terdiri daripada pelbagai pihak berkepentingan di Lembah Klang. Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan program SPSS versi 18.0 dan AMOS versi 20.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap keterlibatan pihak berkepentingan dalam aktiviti kawal selia adalah rendah. Pihak berkepentingan mempunyai persepsi bahawa manakala tahap kepercayaan terhadap pihak berkeutamaan, kecukupan struktur kawal selia, tahap kecukupan penilaian dan pengurusan risiko, pengambilkiraan prinsip penting dalam Akta Biokeselamatan 2007, kecukupan denda, kecukupan hebahan umum dan sikap terhadap biokeselamatan sebagai sederhana. Ujian MANOVA satu hala menunjukkan bahawa beberapa faktor latarbelakang demografik responden kecuali jantina memberi kesan kepada pembolehubah yang dikaji. Perbezaan nilai skor min adalah signifikan bagi keterlibatan dalam aktiviti kawal selia merentas pihak berkepentingan, agama, bangsa dan tahap pendidikan. Manakala kepercayaan terhadap pihak berkeutamaan menunjukkan perbezaan skor min yang signifikan berdasarkan agama, bangsa, umur dan tahap pendidikan. Sikap terhadap biokeselamatan pula menunjukkan nilai skor min yang berbeza secara signifikan merentas agama, bangsa, umur. Seterusnya persepsi terhadap kecukupan struktur kawal selia dan persepsi terhadap kecukupan denda menunjukkan perbezaan nilai skor min yang signifikan merentas tahap pendidikan. Model Persamaan Berstruktur (SEM) mengesahkan bahawa sikap terhadap biokeselamatan di Malaysia dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang saling berkait. Faktor terpenting dalam meramal sikap yang positif terhadap peraturan biokeselamatan adalah kepercayaan terhadap pihak berkeutamaan diikuti oleh persepsi terhadap kecukupan hebahan umum, persepsi terhadap kecukupan denda, keterlibatan dalam aktiviti kawal selia, persepsi terhadap pengambilkiraan prinsip penting dalam Akta Biokeselamatan 2007 dan persepsi terhadap kecukupan penilaian dan pengurusan risiko. Faktor-faktor lain seperti, persepsi terhadap kecukupan struktur kawal selia juga menunjukkan sumbangan secara tidak langsung kepada sikap terhadap biokeselamatan di Malaysia.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 217
Call Number: JZ5865.B56N636 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_109873+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
868.72 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.