Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465883
Title: | Implikasi perubahan iklim terhadap zon pesisir pantai di Kuala Lumpur |
Authors: | Umi Amira Jamaluddin (P75005) |
Supervisor: | Joy Jacqueline Pereira, Prof. Dr. |
Keywords: | Climatic changes -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 30-May-2018 |
Description: | Perubahan iklim telah menyumbang kepada kenaikan paras air laut dan ini merupakan ancaman yang signifikan kepada habitat dan komuniti pesisir pantai di seluruh dunia. Kenaikan paras air laut mengancam sektor biofizikal serta sosioekonomi yang memberi impak kepada landskap, ekosistem dan populasi di kawasan pesisir pantai. Kenaikan paras air laut turut mengancam zon pesisir pantai dengan peningkatan kejadian seperti pembanjiran laut dan perejahan air masin. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji impak perubahan iklim terhadap zon pesisir pantai, mengenal pasti kawasan dan guna tanah yang berisiko terancam oleh kenaikan paras air laut serta mencadangkan pendekatan menyeluruh dalam beradaptasi terhadap fenomena ini. Kajian ini dimulakan dengan analisis dokumen, diikuti dengan analisis data perubahan iklim dan analisis risiko pembanjiran. Analisis perubahan iklim dijalankan melalui perbandingan data simulasi masa lampau kepada senario pada masa hadapan bagi empat komponen perubahan iklim iaitu suhu permukaan, jumlah hujan, paras air laut dan simpanan air tanih. Analisis risiko pembanjiran oleh kenaikan paras air laut di kawasan kajian dijalankan menggunakan perisian Sistem Maklumat Geografi untuk mengenal pasti keluasan dan aktiviti guna tanah yang terancam. Suhu permukaan di kawasan kajian diunjurkan meningkat sekitar 1.6°C hingga 2.3°C semasa tempoh 2025 sehingga 2050. Keadaan hidrologi yang lebih melampau pada masa hadapan dijangkakan dengan peningkatan jumlah hujan maksimum dan pengurangan jumlah hujan minimum yang seterusnya mempengaruhi jumlah simpanan air tanih. Paras air laut diunjurkan meningkat sebanyak 0.98 m bagi unjuran global dan 0.52 m bagi unjuran tempatan di kawasan kajian. Peningkatan 0.5 m dan 1.0 m paras air laut akan menyebabkan pembanjiran yang serius terutamanya di kawasan pertanian dan kawasan tepu bina yang melibatkan kawasan perumahan, institusi pendidikan dan keagamaan serta pusat perindustrian dan perniagaan. Risiko penyusupan air masin melalui lapisan geologi akibat pembanjiran laut di zon pesisir pantai kawasan kajian adalah rendah berikutan kehadiran lapisan lempung yang mempunyai nilai ketertelapan yang sangat rendah di bahagian permukaan. Walau bagaimanapun, perejahan air masin ke dalam akuifer melalui subpermukaan dijangka berlaku akibat kenaikan paras air laut serta tekanan perubahan iklim yang lain. Langkah adaptasi yang dicadangkan untuk kawasan permukaan termasuklah perancangan guna tanah, pembinaan struktur penahan banjir dan pengubahsuaian infrastruktur. Bagi kawasan subpermukaan, cadangan langkah adaptasi merangkumi tadbir urus air bawah tanah, pembinaan kapasiti dan pemetaan zon air tanah. Pelaksanaan rangka kerja bersepadu sebagai pendekatan adaptasi disarankan untuk melindungi sumber semula jadi di Kuala Selangor disamping memastikan pembangunan zon pesisir pantai yang lestari.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 176 |
Call Number: | QC903.U465 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_107306+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.01 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.