Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465882
Title: | Pelaksanaan Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) di Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam (IPG KPI) Bangi, Selangor |
Authors: | Syed Zahirruddin Syed Zakaria (P80179) |
Supervisor: | Azhan Awang, Dr. |
Keywords: | Environmental management -- Malaysia Environmental protection -- Malaysia Sustainable development -- Malaysia Malaysia -- Social conditions Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 17-Apr-2018 |
Description: | Kajian ini meneliti penerapan Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) di institusi pengajian tinggi yang dipilih iaitu Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam Bangi (IPG KPI Bangi) yang ditubuhkan khususnya untuk bakal guru. Empat pendekatan utama dalam menerapkan nilai ESD telah dikenalpasti iaitu pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan persekitaran. Oleh yang demikian, kajian ini mengetengahkan permasalahan pokok iaitu adakah kejayaan proses pelaksanaan ESD ini dipengaruhi oleh salah satu pendekatan atau kombinasi di antara empat pendekatan tersebut. Kajian ini khusus kepada kajian kes kampus lestari dari perspektif perlaksanaan di peringkat pengajian tinggi. Ia melibatkan pengumpulan maklumat daripada dokumen-dokumen berkaitan program-program dan aktiviti-aktiviti IPG KPI Bangi. Temubual bersama individu-individu yang terlibat secara langsung di dalam penerapan ESD di IPG KPI Bangi juga telah dibuat di dalam kajian ini. Keseluruhan analisis dokumen dan temubual mengandungi lapan tema utama menggambarkan faktor-faktor yang mempengaruhi penerapan ESD di IPG KPI Bangi. Tema-tema utama analisis dokumen bagi pendekatan pengurusan adalah perancangan dan pelaksanaan, manakala untuk pendekatan persekitaran adalah kampus dan pemuliharaan persekitaran. Bagi pendekatan kurikulum dan kokurikulum pula, tematema utamanya adalah pendidikan alam sekitar dan pendidikan pembangunan lestari. Sebagai tambahan, hasil analisis dokumen turut mendapati frekuensi pendekatan kurikulum sejumlah 73 perenggan para, pendekatan persekitaran 60 para, pendekatan pengurusan 36 para, dan pendekatan kokurikulum sejumlah 33 para. Seterusnya bagi analisis temubual pula, lapan tema utamanya adalah perancangan dan pelaksanaan bagi pendekatan pengurusan, kampus dan pemuliharaan persekitaran bagi pendekatan persekitaran, pengetahuan dan kesedaran alam sekitar serta pengetahuan dan kesedaran kelestarian bagi pendekatan kurikulum, bagi pendekatan kokurikulum pula, tema-tema utamanya adalah aktiviti dalam kampus dan aktiviti luar kampus. Sebagai tambahan, hasil analisis temubual turut mendapati frekuensi pendekatan persekitaran sejumlah 37 para, pendekatan pengurusan sejumlah 26 para pendekatan kokurikulum 25 para dan pendekatan kurikulum sejumlah 16 para. Jelas sekali melalui analisis dokumen serta analisis temubual yang dijalankan, mendapati 4 pendekatan yang dikaji iaitu kurikulum, kokurikulum, persekitaran dan pengurusan mempunyai kebergantungan di antara pendekatan-pendekatan yang diterapkan. Ini menunjukkan kesemua pendekatan tersebut saling berkait dan sebarang proses yang dibuat berdasarkan suatu pendekatan, secara langsung mempengaruhi pendekatan yang lain. Kesimpulannya, usaha pelaksanaan dan penerapan ESD di IPG KPI Bangi memerlukan kesemua pendekatan tersebut bagi menggerakkan sebarang usaha kesedaran dan memupuk minat kepada semua warga kampus berasaskan konsep kebergantungan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana |
Pages: | 171 |
Call Number: | GE320.M3S974 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_107298+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 892.2 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.