Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465881
Title: Pengenalpastian elemen utama penilaian kelestarian kampus Universiti Kebangsaan Malaysia
Authors: Zuhair Fikri Muhammad Fadzil (P54327)
Supervisor: Sarah Aziz Abdul Ghani Aziz, Prof. Madya Dr.
Keywords: Sustainable development -- Malaysia
Environmental protection -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-Jan-2016
Description: Kajian yang dijalankan berpaksikan kepada Piagam Universiti Kebangsaan Malaysia Lestari yang beriltizam untuk mengamalkan pembangunan lestari sepenuhnya menjelang 2020 bagi kesejahteraan kehidupan dan kesihatan ekosistem serta memupuk kelestarian alam semulajadi dan alam binaan melalui pengurusan, pentadbiran, pendidikan, penyelidikan, pembangunan dan amalan kehidupan komuniti kampus dan tempatan. Kajian ini mengenalpasti keperluan UKM di dalam mewujudkan kerangka penilaian kelestarian kampus. Kajian analisis kandungan dilaksanakan bagi meneliti pendekatan-pendekatan penilaian kelestarian kampus yang telah diwujudkan dan mendapati sebanyak 24 pendekatan penilaian kelestarian kampus yang telah dikenalpasti. Pengkaji mendapati pendekatan Campus Susutainability Assessment Framework (CSAF) dan Sustainability Tracking Assessment and Rating System (STARS) merupakan pendekatan yang komprehensif. Seterusnya penelitian kandungan dijalankan terhadap pendekatan CSAF dan STARS bagi meneliti elemen-elemen penilaian kelestarian kampus yang dikemukakan. Program Penyelidikan Kampus Lestari UKM telah melaksanakan pelbagai inisiatif kelestarian kampus di UKM. Inisiatif-inisiatif ini dijadikan asas kepada proses mengenal pasti elemen-elemen penilaian kelestarian kampus UKM. Hasil daripada perbandingan antara elemen-elemen CSAF dan STARS ke dalam aspek utama Program Penyelidikan Kampus Lestari mendapati bahawa penekanan CSAF dan STARS lebih cenderung kepada aspek komuniti dan ekosistem berbanding aspek pembangunan fizikal. Kajian perbincangan kumpulan fokus dianjurkan oleh Kumpulan Komuniti Lestari di bawah Program Penyelidikan Kampus Lestari bertujuan mendapatkan verifikasi dan cadangan daripada responden berkenaan elemen-elemen utama penilaian kelestarian kampus untuk UKM. Analisis kajian dilaksanakan secara manual iaitu dengan menggunakan aplikasi Microsoft Excel. Analisis kajian FGD dilakukan dengan mengambilkira kuantiti pemilihan responden terhadap elemen penilaian kelestarian kampus UKM. Hasil analisis mendapati sebanyak 133 elemen utama yang terbahagi kepada 15 aspek penilaian kelestarian kampus UKM, yang didasari tiga dimensi penyelidikan kelestarian kampus iaitu Komuniti Lestari, Ekosistem Lestari dan Pembangunan Fizikal Lestari dalam membentuk penilaian kelestarian kampus UKM. Sehubungan itu pengkaji menghasilkan sebuah kerangka elemen utama penilaian kelestarian kampus UKM. Kerangka yang dibangunkan ini merupakan cabaran baru bagi komuniti UKM di dalam melaksanakan inisiatif kelestarian kampus di UKM, dan dapat membantu UKM merangka dan merancang untuk menganjakkannya ke arah kelestarian kampus dengan lebih sistematik dan efisien.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Alam Sekitar dan Pembangunan
Pages: 219
Call Number: LB3223.5.M4Z834 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_107297+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.68 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.