Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465880
Title: Biosensor pendarfluor berdasarkan sel bakteria Escherichia coli roGFP2 terpegun untuk pengesanan ketoksikan
Authors: Ooi Lia (P63583)
Supervisor: Lee Yook Heng, Prof. Dr.
Keywords: Biosensors
Water -- Pollution
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Dec-2015
Description: Penilaian risiko pencemaran sumber air melalui kaedah analisis kimia konvensional tidak dapat menunjukkan kesan ketoksikan bahan kimia sebenar kerana bioketersediaan bahan kimia dalam sumber air yang tercemar tidak dapat diukur. Kajian ini bertujuan untuk membina biosensor pendarfluor berasaskan sel bakteria yang peka terhadap sifat ketoksikan bahan kimia berbahaya supaya bertindak sebagai sistem amaran awal dalam pemantauan sumber air. Reka bentuk biosensor yang berdasarkan konsep mekanisma ketoksikan sel dan ketoksikan tekanan oksidatif dibina dengan pemegunan sel bakteria Escherichia coli roGFP2 pada membran k-karagenan. Biosensor yang dibina untuk mengesan surfaktan (natrium dodesil sulfat, SDS), logam berat (kuprum klorida dan kadmium klorida) dan sebatian metaloid (natrium arsenit dan natrium selenit). Nilai IC50 SDS terhadap biosensor pendarfluor E. coli roGFP2 ditentukan ialah 22.75 ppm dengan julat linear 4.0 - 100 ppm dan had pengesanan (LOD) 1.7 ppm. Biosensor pendarfluor E. coli roGFP2 untuk pengesanan tekanan oksidatif memberi julat linear dinamik yang luas dalam pengesanan arsenit (1.0 x 10-3 x 1.0 x 101 ppm) dan selenit (1.0 x 10-5 x 1.0 x 102 ppm) dan nilai LOD yang rendah (arsenit: 2.0 x 10-4 ppm; selenit: 5.8 x 10-6 ppm). Biosensor yang dibangun menunjukkan kebolehasilan 0.76 - 2.03 % dengan sisihan piawai relatif (RSD), masa rangsangan yang pendek (3 - 9 min) dan jangka kestabilan selama 46 hari. Peranan biosensor ini dalam penilaian risiko pencemaran air dan potensinya sebagai peranti amaran awal untuk penyaringan tahap ketoksikan air dalam pemantauan pencemaran sumber air turut dinilai.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Kajian Bencana
Pages: 185
Call Number: R857.B54O565 2015 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_107296+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.