Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465878
Title: Penerapan dan pelaksanaan Program Responsible Care dalam industri kimia di Malaysia
Authors: Nur Khairlida Muhamad Khair (P79481)
Supervisor: Lee Khai Ern, Dr.
Keywords: Social responsibility of business -- Malaysia
Chemical industry -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: Aug-2017
Description: Industri kimia merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia. Dengan perkembangan syarikat kimia yang kian meningkat ini telah meningkatkan keperluan untuk mengukuhkan pengurusan kimia bagi mengelakkan kemalangan yang boleh memberi risiko kepada alam sekitar, kesihatan dan keselamatan. Program Responsible Care (RCP) mempromosikan pengurusan bahan kimia secara lestari sepanjang rantaian produk sebagai salah satu komitmen untuk membina keyakinan terhadap industri kimia. RCP telah dilancarkan sejak tahun 1994 di bawah kepimpinan Pertubuhan Industri Kimia Malaysia (CICM). Namun setakat ini, terdapat hanya 132 buah syarikat telah menandatangani persetujuan untuk melaksanakan RCP. Jumlah penyertaan yang kecil dibandingkan dengan jumlah keseluruhan syarikat kimia yang besar di Malaysia telah mencetus keperluan industri kimia untuk membangun secara bertanggungjawab dan lestari. Kajian ini bertujuan untuk menentukan status penerapan dan pelaksanaan program RCP dalam industri kimia di Malaysia, menilai keberkesanan dan nilai tambah RCP dalam memperbaiki prestasi alam sekitar, kesihatan dan keselamatan, serta membentuk satu kerangka kerja penerapan dan pelaksanaan RCP untuk industri kimia di Malaysia. Soal selidik telah diedarkan kepada 132 buah syarikat penandatangan RCP dan hanya 31 syarikat sahaja yang menjawab soal selidik. Hasil menunjukkan bahawa jumlah tertinggi penandatangan RCP adalah terdiri daripada pengeluar petrokimia dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan industri kimia iaitu diwakili masing-masing 21%. Sebanyak 94% syarikat penandatangan RCP bersetuju bahawa RCP telah memperbaiki prestasi mereka terhadap alam sekitar, kesihatan dan keselamatan. Mereka juga telah membuktikan bahawa manfaat yang didapati daripada penerapan dan pelaksanaan RCP di mana mereka telah meningkatkan prestasi mereka dalam alam sekitar, kesihatan dan keselamatan. Penerapan dan pelaksanaan RCP juga telah menunjukkan kepentingan dan nilai tambah program seperti RCP telah menggalakkan proses pembelajaran dan perkongsian maklumat, mempromosikan syarikat untuk terlibat dalam aktiviti CSR, lebih berkomunikasi dengan komuniti, dan juga turut menggalakkan kerjasama antara syarikat dan pihak-pihak berkepentingannya. Satu kerangka kerja sistem pengurusan bersepadu RCP dicadangkan untuk melengkapkan RCP dengan sistem pengurusan yang sedia ada memandangkan hasil daripada soal selidik mendapati sebanyak 40% syarikat penandatangan RCP mencadangkan untuk mengintegrasikan RCP ke dalam sistem pengurusan sedia ada seperti ISO9001, ISO14001 dan OHSAS18001 menjadi satu sistem bersepadu sahaja. Kesimpulannya, RCP dapat membantu industri kimia untuk meningkatkan prestasi alam sekitar, kesihatan dan keselamatan serta meningkatkan kesedaran di samping menjalin hubungan yang baik dengan komuniti. Satu pendekatan bersepadu dengan memperkenalkan RCP ke dalam sistem pengurusan kualiti, alam sekitar, kesihatan dan keselamatan adalah digalakkan untuk memantapkan lagi sistem pengurusan kimia secara holistik, bersepadu dan ringkas.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 213
Call Number: HD60.5.M4N887 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_107294+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.14 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.