Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465876
Title: | Perbandingan kesediaan keselamatan makmal sekolah menengah di bandar dan luar bandar: kajian kes di Pahang |
Authors: | Nur Liyana Ali (P69746) |
Supervisor: | Goh Choo Ta, Dr. |
Keywords: | Laboratories -- Safety measures Chemistry -- Safety measures Schools -- Safety measures Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 5-Aug-2016 |
Description: | Kepentingan makmal sains sekolah terbukti melalui pelbagai manfaat diperolehi menerusi aktiviti di dalam makmal sains. Namun, kelemahan sistem pengurusan dan penggunaan makmal sains telah mengancam keselamatan pengguna apabila bilangan kemalangan di makmal sains dilaporkan semakin meningkat, sama ada dalam atau luar negara. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan keselamatan makmal sekolah menengah di bandar dan luar bandar. Apek-aspek kesediaan yang dikaji adalah i) tahap pengetahuan terhadap keselamatan makmal dalam kalangan pelajar, ii) tahap kesedaran terhadap keselamatan makmal dalam kalangan pelajar dan iii) penyediaan infrastruktur di makmal sains sekolah. Reka bentuk kajian adalah menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Bahagian kualitatif melibatkan analisis kandungan dokumen bagi mengenal pasti komponen keselamatan makmal sains sekolah yang digunakan di peringkat antarabangsa dan tempatan. Hasil analisis kandungan mendapati terdapat lima komponen utama yang mendasari keselamatan makmal sains sekolah. Manakala, bahagian kuantitatif tertumpu kepada kajian kes untuk menganalisis tahap pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah menengah terhadap lima komponen utama keselamatan makmal sains sekolah yang telah dikenal pasti. Seramai 558 orang pelajar aliran sains dari sekolah menengah di bandar dan luar bandar terlibat dalam kajian kes ini. Hasil dapatan kajian kes mendapati tahap pengetahuan pelajar mengenai keselamatan makmal sains adalah di tahap baik (69.55%) dan tahap kesedaran di tahap sederhana tinggi (min=3.58) secara keseluruhannya. Hasil dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara tahap pengetahuan dengan faktor lokasi sekolah. Namun begitu, terdapat perbezaan antara tahap kesedaran dengan faktor lokasi sekolah. Tinjauan ke atas infrastruktur di makmal sains sekolah turut dijalankan melalui kaedah pemerhatian dengan menggunakan borang senarai semak infrastruktur makmal. Infrastruktur makmal sains sekolah di bandar adalah lebih memuaskan (69.00%) berbanding sekolah di luar bandar (41.75%) kerana memiliki sumber kewangan dan pengurusan sekolah yang lebih berkesan. Berdasarkan kesemua hasil dapatan kajian, satu pendekatan yang dinamakan Pendekatan 5P telah dibentuk sebagai tatacara yang lebih teratur bagi memperkasakan sistem keselamatan di makmal sains sekolah. Pendekatan 5P merujuk kepada: i) Prosedur kerja; ii) Peralatan keselamatan; iii) Pengendalian eksperimen; iv) Pembuangan sisa bahan kimia dan v) Pelan tindakan kecemasan. Pendekatan ini merupakan salah satu langkah proaktif bagi menerapkan amalan kelestarian khususnya keselamatan makmal sains dalam kalangan pelajar sekolah. Ia juga turut membantu pihak pengurusan sekolah, terutamanya guru dan pembantu makmal dalam menyampaikan maklumat mengenai keselamatan di makmal sains dengan lebih interaktif. Kesimpulannya, kajian ini mengesyorkan supaya Pendekatan 5P yang dibangunkan boleh digunapakai di semua sekolah menengah di Malaysia bagi menerapkan budaya keselamatan makmal di peringkat awal lagi.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Sains |
Pages: | 231 |
Call Number: | QD63.5.N837 2016 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_107292+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.48 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.