Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465875
Title: Tanggungjawab sosial syarikat kimia di Lembangan Sungai Langat ke arah pembangunan lestari
Authors: Noor Syazwani Hassan (P78121)
Supervisor: Lee Khai Ern, Dr.
Keywords: Social responsibility of business -- Malaysia
Corporate culture -- Malaysia
Sustainable development -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-May-2017
Description: Dengan perkembangan industri yang pesat di Malaysia, Perdana Menteri telah mengumumkan dalam ucapan belanjawan pada tahun 2007, bahawa syarikat awam tersenarai (PLC) dikehendaki untuk menzahirkan aktiviti tanggungjawab sosial mereka sebagai inisiatif untuk mencapai pembangunan lestari. Oleh itu, Keperluan Penyenaraian dipinda untuk mengenakan kewajipan baru kepada PLC untuk melaporkan prestasi tanggungjawab sosial mereka dalam laporan tahunan. Syarikat kimia merupakan antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK). Sehingga 2015, terdapat 626 syarikat yang dikategorikan sebagai pembuat bahan kimia dan produk bahan kimia di Malaysia. Terdapat sebanyak 73 syarikat kimia di sekitar Lembangan Sungai Langat. Namun, tidak semua syarikat kimia tersebut melaksanakan tanggungjawab sosial. Oleh itu, terdapat keperluan untuk mengkaji tanggungjawab sosial syarikat-syarikat kimia dalam Lembangan Sungai Langat ke arah pembangunan lestari. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenalpasti komponen dan aspek tanggungjawab sosial syarikat kimia melalui kajian laporan tahunan syarikat kimia di Malaysia. Objektif kedua adalah untuk menentukan tahap tanggungjawab sosial syarikat kimia di Lembangan Sungai Langat berdasarkan komponen dan aspek tanggungjawab sosial syarikat kimia di Malaysia. Objektif ketiga adalah untuk menilai sumbangan tanggungjawab sosial syarikat kimia di Lembangan Sungai Langat terhadap pembangunan lestari dari segi sosial, ekonomi dan alam sekitar. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis kualititatif laporan tahunan melalui “Grounded Theory”, soal selidik dan temubual. Untuk hasil objektif pertama, 12 komponen tanggungjawab sosial syarikat kimia di Malaysia telah dikenalpasti berdasarkan empat tahap tanggungjawab sosial, iaitu Ekonomi, Undang-undang, Etika dan Kebajikan, dan tiga dimensi untuk pembangunan lestari, iaitu sosial, ekonomi dan alam sekitar. Manakala, 61 aspek tanggungjawab sosial telah dikenalpasti dan boleh dikategorikan ke dalam 12 komponen tanggungjawab sosial. Untuk hasil objektif kedua, terdapat 22 daripada 73 syarikat-syarikat kimia di Lembangan Sungai Langat telah menerap dan melaksanakan tanggungjawab sosial di mana terdapat 1 Syarikat Awam Tersenarai (PLC), 13 Multi-National Companies (MNC), 8 Syarikat Tempatan (LC) tetapi tiada daripada Syarikat Kecil Serdehana (SME). Hasil analisis menunjukkan bahawa tahap penerapan dan pelaksanaan tanggungjawab sosial syarikat kimia di Lembangan Sungai Langat masih rendah kerana 55% syarikat kimia berada di julat yang rendah. Hasil analisis untuk objektif ketiga menunjukkan bahawa kesemua syarikat kimia di Lembangan Sungai Langat masih tidak menzahirkan tanggungjawab sosial secara menyeluruh yang mampu menyumbang kepada pembangungan lestari. Penemuan ini adalah penting kepada syarikat kimia dalam Lembangan Sungai Langat bagi mengetahui prestasi tanggungjawab sosial mereka dan membantu mereka dalam meningkatkan aktiviti tanggungjawab sosial mereka ke arah pembangunan lestari.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Sains
Pages: 108
Call Number: HD60.5.M4N636 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_107291+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.