Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465867
Title: Faktor-faktor kejayaan dan kelestarian perusahaan usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
Authors: Afifah Md Din (P52429)
Supervisor: Chamhuri Siwar, Prof Emeritus
Keywords: Social entrepreneurship-Malaysia
Issue Date: 3-Oct-2013
Description: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah menyediakan pelbagai insentif dalam membantu golongan miskin di Malaysia terutamanya golongan wanita yang ingin memulakan kegiatan ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup mereka melalui program kredit mikro. Sehubungan dengan itu, objektif utama kajian ini adalah (i) menilai program kredit mikro AIM dalam melahirkan usahawan berjaya; (ii) mengenal pasti faktor-faktor yang menentukan kejayaan projek usahawan dan (iii) mengenal pasti status kelestarian projek usahawan yang berjaya. sahabat (peminjam) adalah tertumpu kepada golongan yang telah memperoleh pinjaman kredit mikro AIM lebih dari 5 tahun meminjam atau merupakan peminjam bagi pinjaman skim I-Wawasan. Kawasan kajian ini adalah tertumpu di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang merupakan kawasan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Sebanyak 240 sahabat yang telah diselidiki memperolehi purata keuntungan bersih lebih daripada RM6,000.00 sebulan dalam tempoh hanya 5 tahun kegiatan perusahaan dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan sahabat yang telah memperolehi pinjaman kredit mikro telah berjaya dalam membangunkan perusahaan mereka dan secara tidak langsung menjadikan kegiatan ekonomi ini sebagai sumber pendapatan utama dalam menyara penghidupan keluarga. Secara keseluruhan, program kredit mikro ini memberi impak yang positif terhadap pendapatan. Selain daripada itu, faktor umur, tempoh pengalaman dalam perusahaan, bilangan pekerja, kemudahan persekitaran terhadap perusahaan serta impak terhadap keuntungan bersih perusahaan turut dibincangkan. Kajian ini turut memaparkan faktor-faktor kejayaan sahabat dengan menggunakan kaedah model persamaan berstruktur (SEM) dan analisis regresi. Implikasi kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor kejayaan usahawan berdasarkan risiko, modal, jaringan/ capaian, sikap dan perancangan serta status kelestarian perusahaan mereka. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk memperbaiki serta memantapkan pelaksanaan pendekatan kredit mikro kepada para peminjam AIM. Kesimpulannya, program kredit mikro AIM telah banyak membantu responden dalam memberi pinjaman kewangan kepada perusahaan mereka dan mengeluarkan mereka dari perangkap kemiskinan.,Master / Sarjana
Pages: 169
Call Number: HD60.5.M4.b A535 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84742+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.