Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465859
Title: Pembentukan dan pengukuran model kesepaduan sosial dalam kalangan komuniti peniaga di Malaysia
Authors: Ahmad Zul Hakimi Hassim (P63562)
Supervisor: Mansor Mohd Noor, Prof. Dr.
Keywords: Hubungan etnik
Peniaga Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Aug-2019
Description: Bentuk hubungan etnik ini sering kali dipengaruhi oleh ciri-ciri dimensi etnik itu sendiri. Di sebalik keutamaan dimensi etnik ini, kepentingan dan semangat menjayakan cita-cita ekonomi mereka mendahului pengaruh etnik yang ada dalam diri masingmasing hingga boleh bekerjasama dan berkongsi dengan rakan peniaga walaupun dari kumpulan-kumpulan etnik yang lain. Kajian ini memfokuskan kepada masyarakat peniaga di negara ini untuk memahami faktor yang membentuk dan mengukuhkan tahap kesepaduan sosial dalam kalangan mereka. Kerangka teoretikal kajian ini dibina berdasarkan Teori Modenisasi yang memayungi kesemua konstruk-konstruk yang digunakan. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk tinjauan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik diedarkan kepada responden yang terdiri daripada masyarakat peniaga dalam 10 kawasan kajian mengikut jumlah sampel yang ditetapkan. Seramai 554 responden yang ditentukan melalui teknik pensampelan rawak mudah digunakan sebagai sampel kajian. Sebanyak lima konstruk digunakan dalam model hipotesis kajian ini ialah kesepaduan sosial, jaringan perniagaan, hubungan masyarakat dengan kerajaan, hubungan sosial rentas etnik dan batas etnik. Statistik inferensi diaplikasikan melalui pengujian model hipotesis kajian untuk menjelaskan peramalan sebab-akibat di antara sekumpulan pemboleh ubah peramal terhadap pemboleh ubah bersandar. Ia dilaksanakan berdasarkan analisis Partial Least Squares – Structural Equation Modeling (PLS-SEM). Hasil kajian telah membentuk satu model kesepaduan sosial yang komprehensif dengan menggabungkan kesemua peramal-peramal utama yang penting dalam menjelaskan kesepaduan sosial. Bermula daripada peramal batas etnik yang dijalin dengan hubungan sosial rentas etnik, tadbir urus kerajaan dan jaringan perniagaan, kajian ini mampu menjelaskan perkaitan dan jalinan perubahan dari satu tahap ke satu tahap sehingga mampu menjelaskan tahap kesepaduan sosial yang diinginkan. Selain itu dapatan kajian juga menunjukkan perbezaan etnik tidak semestinya kekal dan menghalang pembentukan hubungan etnik yang baik di antara mereka.,Sarjana Pengajian Etnik
Pages: 126
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Ethnic Studies / Institut Kajian Etnik (KITA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120019+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.75 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.