Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/465856
Title: Radio dan Orang Asli: kefahaman dan pembinaan integrasi nasional melalui Radio Asyikfm
Authors: Misliyah Rusli ( P74266)
Supervisor: Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Datuk Dr.
Keywords: Orang Asli
Radio Asyikfm
Integrasi nasional
Nationalism -- Malaysia
Issue Date: 6-Jan-2017
Description: Etnik Orang Asli dilihat sebagai warga pribumi yang hidupnya terpinggir, terpisah serta etnik paling miskin dengan kemajuan ekonomi amat lewat sampai kepada mereka. Usaha membawa etnik Orang Asli ke dalam sistem bernegara mula dilaksanakan secara terfokus setelah tertubuhnya sebuah jabatan yang khusus menjaga kebajikan, pembangunan dan transformasi masyarakat ini yang sekarang dikenali dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Sebagai pelengkap, radio Orang Asli memainkan peranan pelengkap menyampaikan maklumat sambil menghiburkan. Dikenali sebagai Siaran Orang Asli pada peringkat awalnya berfungsi sebagai agen gerak saraf keselamatan anti komunis dan kemudiannya berfungsi sebagai agen pembangunan. Saluran ini menggunakan pendekatan strategi penyiaran dengan elemen pembujukan, bersiaran dalam dialek dan citrabudaya Orang Asli dengan liputan siaran yang luas bermatlamat mengintegrasikan mereka kepada sistem nasional. Kajian ini bertujuan untuk menilai peranan Radio Asyikfm, sebuah stesyen FM (frequency modulation), dalam menyalurkan maklumat ke arah pembinaan integrasi nasional. Di manakah titik pertemuan keberkesanan kandungan siaran dan perubahan ke arah integrasi nasional yang diharapkan? Bagi mencapai tujuan tersebut pengkaji menggunakan pendekatan kaedah gabungan (mixed methods). Analisis kandungan dijalankan ke atas jadual siaran Radio Asyikfm bersama dengan jadual giliran DJ/Penyampai bagi tahun 2014. Kaji selidik turut dikendalikan terhadap 102 responden etnik Semai di Pos Titom, Lipis, Pahang dan temubual dengan informan utama. Analisis kajian menunjukkan, Orang Asli di penempatan pedalaman sangat berminat mendapatkan berita dari luar komuniti mereka. Radio Asyikfm yang bersiaran dalam empat dialek Orang Asli iaitu Semai, Temiar, Temuan, Jakun dan Bahasa Melayu menjadi pilihan utama mereka berbanding siaran radio lain. Kajian ini seterusnya menunjukkan bahawa perkhidmatan penyiaran dan penyebaran maklumat oleh radio Asyikfm telah mengajak Orang Asli bersosial melalui media. Asyikfm menerusi format kandungan siarannya menggunakan pendekatan memperkasakan bahasa Melayu dan penterjemahan untuk meningkatkan kefahaman dalam komunikasi. Radio Asyikfm telah menghiburkan sambil menyalurkan agenda-agenda kerajaan. Dapatan kajian ini menunjukkan perubahan dari segi integrasi nasional berlaku tetapi tidak dalam satu garisan linear seperti yang diharapkan. Unsur-unsur integrasi nasional telah disalurkan menerusi media penyiaran radio kepada masyarakat Orang Asli. Namun begitu, proses membuat keputusan secara pemuafakatan dan perubahan ke arah integrasi nasional dilakukan oleh masyarakat Orang Asli dibuat berdasarkan pandang dunia (worldview) dan acuan mereka sendiri yang sangat kental dengan ikatan budaya mereka.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 169
Call Number: HE8697.95.M4M537 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Ethnic Studies / Institut Kajian Etnik (KITA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96864+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
288.23 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.