Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464331
Title: Status sosioekonomi dan pengaruhnya terhadap persepsi visual dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di Lembah Kelang
Authors: Mariah Asem Shehadeh Saleh Ali (P111471)
Supervisor: Mohd Izzuddin Hairol, Dr.
Mahadir Ahmad, Dr.
Masne Kadar, Dr.
Sumithira Narayanasamy, Dr.
Keywords: Visual Perception
Socioeconomic Factors
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Sep-2023
Abstract: Ujian Test of Visual Perceptual Skill -Edisi keempat (TVPS-4) ialah instrumen untuk menilai kebolehan persepsi bebas motor. Dipiawaikan di Amerika Syarikat (AS), ia terdiri daripada tujuh subujian untuk menilai persepsi visual (VP) dan masih belum dikenalpasti kesahihannya untuk populasi selain AS. Di Malaysia, tiada kajian TVPS- 4 yang telah dijalankan pada kanak-kanak prasekolah setakat ini. Kekurangan VP boleh menyebabkan kesukaran dalam proses pembelajaran dan tugasan harian, oleh itu ia penting untuk dikenal pasti pada usia awal. Faktor sosioekonomi yang boleh mempengaruhi skor TVPS-4 juga masih belum dikaji. Kajian ini bertujuan untuk menentukan skor TVPS dalam satu sampel kanak-kanak prasekolah yang berumur 60 sehingga 83 bulan dan mengenalpasti hubungan antara faktor sosioekonomi terhadap skor standard TVPS-4 mereka. Tujuh puluh dua kanak-kanak prasekolah dari enam prasekolah yang berbeza telah menjalani tujuh subujian penilaian TVPS-4 (min umur 5.06 ± 0.11 tahun; julat umur 5.00 – 6.92 tahun). Maklumat sosioekonomi telah diperoleh melalui borang soal selidik daripada ibu bapa secara bertulis. Perbandingan skor TVPS-4 sampel Malaysia dengan norma piawai AS dilakukan menggunakan ujiant satu sampel. Min skor berskala bagi setiap subujian dan skor standard keseluruhan telah ditentukan dan dibandingkan dengan norma piawai AS (masing-masing 10±3 dan 100±15). Regresi linear berganda (MLR) digunakan untuk mengkaji hubungan antara faktor sosioekonomi mereka dan prestasi TVPS. Sampel kank-kanak prasekolah Malaysia menghasilkan skor berskala yang lebih tinggi dan signifikan untuk kesemua tujuh subujian (semua p<0.001, saiz kesan antara 0.92 dan 1.61) dan skor standard yang signifikan secara keseluruhan berbanding normatif Amerika (116.60 ± 7.16, p<0.001). Analisis regrasi telah menunjukkan status sosioekonomi tidak dapat meramal skor standard persepsi visual serta lima subujian TVPS-4. Skor berskala subujian form constancy dapat diramal oleh bangsa (β=-1.874 p=0.03). Manakala, skor berskala subujian sequential memory dipengrauhi oleh status pekerjaan bapa (β=2.399, p<0.001), status pekerjaan ibu (β=1.303, p=0.007), dan jumlah pendapatan rumah rendah (β=-1.430 p<0.037). Oleh itu, penafsiran TVPS-4 ini perlu dinilai dengan lebih berhati-hati serta memberi tumpuan kepada kanak-kanak bumiputera dari latar belakang sosioekonomi rendah yang mempunyai risiko yang lebih tinggi masalah kemahiran persepsi visual.
Pages: 103
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Status sosioekonomi dan pengaruhnya terhadap persepsi visual dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di Lembah Kelang.pdf
  Restricted Access
Full-text2.38 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.