Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464330
Title: Pembangunan dan validasi aplikasi kesihatan telefon pintar (WEFIT: senaman, pemakanan dan fungsi kognitif) dalam pemerkasaan penjagaan kesihatan dalam kalangan warga emas
Authors: Nurul Asilah Ahmad (P100852)
Supervisor: Arimi Fitri Mat Ludin, Prof. Madya Dr.
Suzana Shahar, Prof. Dr.
Shahrul Azman, Prof. Dr.
Noorlaili Tohit, Prof. Madya Dr.
Keywords: Medical Informatics Applications
Health Care
Elderly
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Aug-2023
Abstract: Kajian mengenai penggunaan teknologi dalam kalangan warga emas menjadi semakin popular. Kadar perkembangan teknologi seiring dengan peningkatan populasi warga emas mendorong kepada wujudnya penghasilan aplikasi kesihatan. Gabungan aspek senaman, pemakanan dan fungsi kognitif harus dikaji dengan teliti dalam meningkatkan tahap kesihatan dalam kalangan warga emas. Walaubagaimanapun, kajian yang melibatkan penggunaan aplikasi kesihatan yang memfokuskan kepada tiga komponen ini adalah terhad. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk membangunkan aplikasi kesihatan yang mempunyai tiga komponen dan menentukan tahap kesahan, penerimaan dan kebolehgunaannya. Kajian ini merupakan kajian pembangunan yang melibatkan tiga fasa. Fasa pertama merupakan analisa keperluan dan pengenalpastian jurang melalui kajian penskopan; fasa kedua adalah pembangunan aplikasi dan fasa ketiga adalah fasa penilaian. Borang maklum balas UAT dan MAUQ diedarkan secara atas talian. Ujian kebolehgunaan aplikasi dilakukan kepada dua kumpulan iaitu warga emas dan pengamal kesihatan. Fasa pertama kajian mendapati hanya 16 aplikasi telah dilaporkan memenuhi kriteria pemilihan iaitu separuh (n=8, 50.0%) memiliki komponen aktiviti fizikal dan separuh lagi (n=8, 50.0%) memiliki komponen fungsi kognitif. Tiada aplikasi dilaporkan memiliki ketiga-tiga komponen. Seterusnya, faktor penghalang dalam pengunaan aplikasi adalah topik yang banyak dibincangkan, antaranya adalah kebatasan literasi dalam penggunaaan teknologi. Sebuah aplikasi kesihatan WeFit yang mengandungi tiga komponen (senaman, pemakanan dan kognitif) telah dihasilkan dalam fasa kedua. Melalui aplikasi WeFit ini, pengguna boleh melihat cadangan senaman, menu pemakanan dan menyertai permainan minda. Hasil kajian ujian kesahan yang dilakukan mendapati isi kandungan WeFit adalah relevan dengan nilai I-CVI 0.98. Ujian penerimaan pula mendapati majoriti peserta kajian (n=14, 93.3%) memahami isi kandungan WeFit dan mendapati grafik yang digunakan adalah sesuai. Hasil kajian kebolehgunaan aplikasi dalam kalangan warga emas mendapati majoriti (n=12, 80.0%) bersetuju dengan tetapan antara-muka manakala 86.7% (n=13) bersetuju WeFit dapat membantu dalam penjagaan kesihatan. Kesemua pengamal kesihatan (n=10, 100%) bersetuju bahawa aplikasi WeFit mudah digunakan dan bersetuju ianya membantu mereka dalam memberikan perkhidmatan kesihatan. Kesimpulannya, aplikasi WeFit ini dapat diterima dan digunakan dengan baik dalam kalangan warga emas dan para pengamal kesihatan. Kajian ini membawa kepada penambahan ilmu berkaitan penggunaan aplikasi kesihatan dalam kalangan warga emas dan dapat membantu pihak berkaitan dalam merangka garis panduan dalam penghasilan aplikasi kesihatan.
Pages: 140
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.