Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464312
Title: Perjuangan konsep Malaysian Malaysia: kesan terhadap reaksi politik Melayu (1957-1969)
Authors: Muhammad Hafiz Isa (P99904)
Supervisor: Mohd. Samsudin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Political science
Politics and culture
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Dec-2022
Abstract: Kajian ini bertujuan menganalisa reaksi kebangkitan politik Melayu terhadap perjuangan konsep Malaysian Malaysia. Lee Kuan Yew telah menggagaskan perjuangan konsep Malaysian Malaysia yang bermatlamat membina negara bercorak pelbagai kaum dan menolak penguasaan sesuatu kaum atau kelompok tertentu. Lee Kuan Yew mendapat sokongan parti-parti pembangkang untuk membentuk Malaysian Solidarity Convention (MSC) yang meletakkan konsep tersebut sebagai asas perjuangan. Namun begitu, perjuangan Malaysian Malaysia menimbulkan reaksi penentangan politik Melayu. Timbul persoalan iaitu bagaimana reaksi politik Melayu terhadap perjuangan konsep Malaysian Malaysia. Seterusnya, mengapa politik Melayu menentang perjuangan konsep Malaysian Malaysia. Akhir sekali, apakah konsep Malaysian Malaysia memberi kesan kepada kedudukan dominasi politik Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti reaksi penentangan politik Melayu terhadap perjuangan konsep Malaysian Malaysia. Kedua, menganalisis pertentangan idea konsep Malaysian Malaysia dan idea politik Melayu. Ketiga, mengenal pasti idea politik yang dipertahankan orang Melayu. Akhir sekali, menilai kesan perjuangan Malaysian Malaysia terhadap politik Melayu. Kaedah kajian kualitatif digunakan dengan merujuk kepada dokumen di Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Universiti dan perpustakaan awam. Sumber yang digunakan ialah PREM 13/430, DO 169/28, DO 169/29, DO 169/30, DO 169/527, DO 169/529, DO 169/530 dan Fail PDRM (SR/88). Selain itu, kajian juga menggunakan sumber akhbar iaitu Berita Harian dan The Straits Times. Hasil kajian mendapati perjuangan konsep Malaysian Malaysia merupakan kesan rentetan konflik melibatkan People’s Action Party (PAP) dan Kerajaan Pusat. Kajian juga mendapati Malaysian Malaysia mewujudkan tekanan kepada Kerajaan Pusat yang didominasi UMNO dan memecahkan dominasi politik Melayu. Ia juga mengakibatkan penentangan pemimpin politik Melayu bagi mempertahankan dominasi politik dan kepentingan orang Melayu. Implikasi kajian menunjukkan penentangan Melayu terhadap Malaysian Malaysia adalah untuk mengimbangi kedudukan orang Melayu dalam masyarakat pelbagai kaum dan melindungi kepentingan orang Melayu.
Notes: Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”
Pages: 257
Call Number: JA71.M834 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Muhammad Hafiz bin Isa.pdf
  Restricted Access
partial320.9 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.