Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464310
Title: Hubungan antara faktor psikologikal dengan risiko pemangsaan jenayah komersil di Malaysia: faktor kognitif sebagai moderator
Authors: Fatin Adha Murad (P99893)
Supervisor: Mohammad Rahim Kamaluddin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Commercial crimes -- Malaysia
Crime -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-Feb-2023
Abstract: Kebelakangan ini, jenayah komersil di Malaysia mencatatkan peningkatan dan kerugian komersil yang signifikan. Walaupun pihak berkuasa giat menumpaskan pelbagai sindiket jenayah komersil, masih ramai menjadi mangsa. Dalam kajian-kajian lepas, mangsa dilaporkan terdiri daripada pelbagai latar belakang sosiodemografi. Justeru, selain daripada faktor sosiodemografi, faktor psikologikal dan kognitif juga penting dalam menentukan risiko pemangsaan jenayah komersil. Oleh itu, kajian ini mengkaji peranan kedua-dua faktor ini terhadap risiko pemangsaan jenayah komersil di Malaysia. Kajian terkini bertujuan untuk membina profil dan prevalens risiko pemangsaan jenayah komersil dikenalpasti, dan perbandingan risiko dari sudut psikologikal dan kognitif antara mangsa dan bukan mangsa dilakukan. Selain itu, faktor kognitif turut dikaji sebagai penyederhana antara faktor psikologikal dan risiko pemangsaan jenayah komersil. Khususnya, kajian ini mengkaji hubungan faktor psikologikal (tret personaliti, asertif, kawalan kendiri) serta faktor kognitif (gaya kognitif, pengherotan kognitif) dan perkaitan dengan risiko pemangsaan jenayah komersil. Selain itu, faktor kognitif seperti gaya dan pengherotan kognitif bertindak sebagai moderator antara faktor psikologikal dengan risiko pemangsaan jenayah komersil juga dianalisis. Kajian ini kajian survei yang dijalankan atas talian. Terdapat beberapa inventori yang digunakan iaitu Inventori Big-Five, Skala Asertif Adaptif dan Agresif, Skala Kawalan Kendiri, Inventori Rasional-Eksperiental-40, Skala Pengherotan Kognitif dan Inventori Risiko Pemangsaan Jenayah Komersil. Seramai 419 orang responden (M umur = 27.41, SD umur = 9.11) terlibat menggunakan kaedah persampelan mudah. Hasil kajian mendapati prevalens jenayah komersil tinggi dalam kalangan responden berdasarkan Inventori Risiko Pemangsaan Jenayah Komersil. Tiada perbezaan tahap psikologikal dan kognitif antara mangsa dan bukan mangsa. Selanjutnya, responden yang pernah menjadi mangsa menunjukkan risiko pemangsaan jenayah komersil yang tinggi berbanding responden bukan mangsa. Di samping itu, melalui ujian korelasi, wujud perkaitan antara faktor psikologikal dan kognitif dengan risiko pemangsaan jenayah komersil. Tambahan pula, rasionaliti (gaya kognitif) dan kritik diri (pengherotan kognitif) muncul sebagai peramal di mana kedua-duanya meramal 8.9% risiko pemangsaan jenayah komersil. Hanya rasionaliti muncul sebagai moderator antara tret personaliti Neurotisisme dan Keberhematan dengan risiko pemangsaan jenayah komersil. Berdasarkan dapatan kajian jelaslah faktor psikologikal dan kognitif memainkan peranan dalam mengkaji pemangsaan jenayah komersil. Kajian ini dapat membantu agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam merancang usaha berkaitan kesedaran, pendidikan dan pencegahan jenayah komersil di Malaysia.
Notes: Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”
Pages: 225
Call Number: HV6768.F338 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
FATIN ADHA MURAD.pdf
  Restricted Access
partial591.68 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.