Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464308
Title: Tahap, perbezaan dan hubungan kesejahteraan, tingkah laku dan pengalaman kewangan dalam kalangan peserta azam tani FAMA
Authors: Zurinawaty Mohamad (P77599)
Supervisor: Nur Saadah Mohamad Aun, Dr.
Keywords: Finance, Personal
Budgets, Personal
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Jun-2022
Abstract: Kajian kesejahteraan kewangan kini mendapat perhatian ramai pengkaji sarjana dari dalam mahupun luar negara. Namun, masih kurang kajian kesejahteraan kewangan dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah atau penerima bantuan daripada pihak kerajaan melalui konsep kebajikan produktif. Kajian ini seterusnya memberi implikasi-implikasi kepada tiga aspek iaitu dari segi teoretikal, polisi dan praktikal. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan bagi mengkaji tahap dan hubungan kesejahteraan kewangan dengan tingkah laku dan pengalaman kewangan ke atas penerima bantuan kebajikan produktif melalui program Azam Tani. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif dengan menggunakan teknik tinjauan. Seramai 300 orang responden telah terlibat dalam kajian ini dengan menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Hasil kajian mendapati tahap kesejahteraan responden adalah pada tahap sederhana dan tahap tingkah laku kewangan berada pada tahap yang rendah. Manakala tahap pengalaman kewangan berada pada tahap yang tinggi. Hasil kajian juga mendapati bahawa penerima bantuan masih berhadapan dengan masalah kewangan yang tinggi akibat daripada tingkah laku kewangan mereka yang tidak mengikut perancangan yang betul. Selain itu, hasil kajian turut mendapati terdapat hubungan antara tingkah laku kewangan dengan pengalaman kewangan. Walau bagaimanapun tingkah laku kewangan tidak mempunyai hubungan dengan kesejahteraan kewangan. Dapatan turut mendapati bahawa semakin positif tingkah laku kewangan responden, maka semakin kuranglah pengalaman kewangan yang dihadapi. Walau bagaimanapun, kajian mendapati tingkah laku kewangan responden yang tidak mementingkan pengurusan kewangan menyebabkan tahap kesejahteraan kewangan tidak boleh diukur kerana tidak memenuhi indikator pengukuran. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa tahap kesejahteraan kewangan peserta Azam Tani FAMA masih membimbangkan kerana kumpulan ini terdedah untuk tergelincir semula dalam kelompok miskin tegar. Justeru, agensi bertanggungjawab perlu menambahbaik program-program latihan kepada pekerja sosial seperti peningkatan kemahiran latihan, kemahiran dalam penilaian program dan juga spesifikasi pengalaman kewangan peserta. Ini juga bagi memastikan konsep kebajikan produktif di agensi terlibat dapat memberikan impak yang sewajarnya.
Notes: Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”
Pages: 123
Call Number: HG179.Z837 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Tahap perbezaan dan hubungan kesejahteraan tingkah laku dan pengalaman kewangan dalam kalangan peserta azam tani fama.pdf
  Restricted Access
Partial1.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.