Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464297
Title: Analisis kebolehubahan wap air atmosfera di kawasan dwikutub menggunakan penerima GPS bumi
Authors: Faizatul Noor Abu Bakar (P52363)
Supervisor: Wayan Suparta, Prof. Madya Dr.
Keywords: Water vapor
Atmospheric
Water vapor
Atmospheric -- Antarctica -- Measurement
Water vapor
Atmospheric -- Arctic regions
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Sep-2012
Description: Kawasan Antartika-Artik (dwikutub) merupakan zon sejuk di atas muka bumi dan kini muncul sebagai kayu pengukur yang efektif berkaitan dengan isu perubahan iklim. Terdapat beberapa fenomena unik yang boleh menjejaskan ramalan perubahan iklim global, sebagai contoh, fenomena musim sejuk tanpa teras dan lubang ozon yang berlaku di kedua-dua kawasan tersebut. Fenomena musim sejuk tanpa teras adalah pemanasan suhu permukaan secara tiba-tiba pada ketika sinaran suria rendah, manakala lubang ozon adalah pengurangan kandungan ozon di stratosfera yang berlaku pada musim bunga. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memerhati dan menganalisis ciri-ciri variasi wap air atmosfera untuk kedua-dua fenomena tersebut di kawasan dwikutub yang dihasilkan daripada data penerima Sistem Penentududukan Global (GPS) Bumi. Wap air atmosfera telah dipilih sebagai parameter utama dalam kajian ini kerana keupayaannya untuk mengawal keseimbangan tenaga di kutub dan memainkan peranan yang penting dalam sistem iklim global. Tambahan pula, pengukuran wap air atmosfera atau dikenali sebagai wap air boleh mendak (PWV) kini diukur secara komprehensif menggunakan teknik GPS Meteorologi yang dianggarkan daripada komponen lembap di dalam jumlah lengah troposferik zenith (ZTD). Analisis ini dijalankan dari tahun 2008 hingga 2010 di stesen-stesen penerima GPS yang dipilih di serata kawasan Antartik dan Artik. Data yang dikumpul, diproses dan dianalisis untuk mengkaji kebolehubahan PWV dan memahami proses fizikalnya semasa fenomena tersebut. Kajian ini juga membandingkan ciri-ciri parameter sokongan seperti meteorologi permukaan dan sinaran suria untuk lebih memahami mekanisma fizikal mereka. Analisis kebolehubahan GPS PWV mendapati bahawa corak PWV berkait rapat dengan pola suhu permukaan dan sinaran suria. Oleh itu, PWV juga boleh dirujuk sebagai penunjuk musim di kawasan dwikutub. Seterusnya, pencirian PWV pada musim sejuk mampu untuk mengesan fenomena musim sejuk tanpa teras daripada puncak pemanasan PWV yang berlaku hampir sama dengan puncak panas suhu. Berdasarkan penemuan ini, mekanisma fenomena musim sejuk tanpa teras disebabkan oleh perolakan haba udara antara suhu permukaan ais dan suhu permukaan laut panas yang memudahkan pertukaran haba berlaku lalu membenarkan lebih banyak wap air terangkut naik ke atmosfera. Sementara itu ketika penyusutan ozon (lubang), PWV didapati rendah disebabkan oleh wap air memeluwap ke atmosfera apabila suhu sangat sejuk di dalam pusaran kutub. Justeru, membantu kepada pembentukan awan stratosfera yang boleh menghapuskan ozon di stratosfera. Setelah itu, apabila tenaga matahari mula menembusi atmosfera pada musim bunga, suhu dan wap air akan meningkat lalu tindak balas fotokimia berlaku menyebabkan pengurangan ozon yang besar. Hasil daripada kajian ini didapati bahawa nilai PWV di Artik lebih tinggi dua kali ganda daripada di Antartik. Walaubagaimana pun, PWV di Artik telah menunjukkan peningkatan pada tahun 2010, manakala di Antartik pula diperhatikan menurun. Perubahan ini selari dengan fenomena pemanasan yang dilaporkan berlaku di Artik dan penyejukkan di Antartik dengan purata kenaikan dan penurunan masing-masing lebih kurang 12%. Oleh itu, kebolehubahan GPS PWV mampu untuk memantau keadaan cuaca yang melampau di kawasan dwikutub dalam usaha meningkatkan kejituan ramalan iklim global.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah ,Sarjana Sains
Pages: 123
Call Number: QC915.5.F338 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Climate Change / Institut Perubahan Iklim

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_115185+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
13.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.