Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464291
Title: Penilaian model rupabumi berdigit dari pesawat udara tanpa pemandu melalui konfigurasi dinamik
Authors: Faiz Arif (P93174)
Supervisor: Khairul Nizam Abdul Maulud, Prof. Madya Sr Dr.
Keywords: Model rupabumi berdigit (DTM)
Pesawat berpemandu
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Mar-2021
Description: Model rupabumi berdigit (DTM) ialah model rupa muka bumi janaan komputer yang memberikan maklumat ketinggian di permukaan kawasan kajian yang penting dalam kajian yang berkaitan permukaan bumi. DTM dihasilkan melalui pendigitan peta topografi, ukur tanah, LiDAR, satelit penderiaan jauh dan fotogrametri pesawat berpemandu. Perbezaan antara kaedah tersebut ialah kompromi antara kos, masa atau ketepatan DTM yang dihasilkan. Inovasi teknologi telah menzahirkan pesawat udara tanpa pemandu (unmanned aerial vehicle, UAV) dan perisian fotogrametri Structure-from-Motion yang mampu menjadi perkakas bagi kaedah fotogrametri untuk menjana data DTM beresolusi tinggi di samping menjimatkan masa dan kos. DTM yang dijana UAV menjadi isu utama kebanyakan projek dan kajian kerana ketepatannya yang berubah-ubah mengikut jenis UAV dan pelbagai konfigurasi yang digunakan pada titik kawalan bumi (TKB), altitud penerbangan (above ground level, AGL), topografi lapangan dan perbezaan hari cerapan. Perbezaan TKB dan AGL memberi impak kepada ketepatan DTM, tetapi nilai magnitud impak kurang dikaji perubahannya pada topografi yang berbeza. Untuk kerja yang memerlukan pencerapan pada hari yang berbeza, terdapat keperluan untuk dikaji jika terdapat perubahan ketepatan pada hari yang berbeza. Kajian ini bertujuan mengkaji impak konfigurasi dinamik pada DTM yang dijana UAV. Empat konfigurasi berbeza iaitu tiga jenis TKB, lima jenis AGL, dua jenis lapangan yang berbeza topografi dan empat hari yang berbeza telah dipilih sebagai unsur kajian. UAV berkos-rendah jenis DJI Phantom 4 Pro telah digunakan untuk menghasilkan foto udara di kawasan rata dan beralun pada setiap konfigurasi berkenaan. Hasil data diperoleh melalui Phantom 4 Pro dianalisis dengan kaedah ANOVA dan RMSE untuk menilai tahap signifikan konfigurasi beserta magnitud impak terhadap ketepatan. Hasil kajian mendapati DTM yang dijana Phantom 4 Pro pada 0_TKB mempunyai nilai RMSER dan RMSEZ sehingga 4 m dan 46 m. Apabila 5_TKB atau 9_TKB digunakan, RMSE bertambah baik sehingga 98.5% dan 99%. Kajian konfigurasi mendapati TKB, AGL, lapangan dan hari yang berbeza mempunyai impak berbeza terhadap hasil janaan DTM. Penggunaan TKB didapati mengurangkan ralat RMSE, manakala peningkatan AGL menambahkan ralat RMSE. Topografi yang berbeza memberikan hasil RMSE yang berbeza. Hari yang berbeza menghasilkan RMSE yang berbeza menunjukkan data UAV tidak konsisten berpunca daripada faktor parameter penentu ukuran dalaman kamera bukan-metrik. Hasil akhir mendapati walaupun pada AGL, topografi atau hari yang berbeza; penggunaan TKB dapat menghadkan RMSER dan RMSEZ sehingga 0.060 m dan 0.250 m untuk kawasan seluas 10 hektar. Hasil analisis kajian ini sesuai digunakan bagi individu atau organisasi yang memerlukan panduan konfigurasi penggunaan UAV berkos rendah untuk penghasilan DTM dengan ketepatan yang bersesuaian dengan keperluan kajian atau projek pada masa akan datang.,Sarjana Sains
Pages: 116
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Climate Change / Institut Perubahan Iklim

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124040+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.