Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464281
Title: Pemprofilan metabolit kalus dan kultur ampaian sel daun muda manggis (Garcinia mangostana L.)
Authors: Siti Zalikha Mohd Ridzuan Jamil (P77964)
Supervisor: Normah Mohd Noor, Prof. Dr.
Keywords: Manggis
Metabolites
Issue Date: 19-Jan-2018
Description: Kultur kalus dan ampaian sel daripada daun muda manggis (Garcinia mangostana L.) telah dilakukan bagi mengkaji kehadiran metabolit yang diaruh dengan metil jasmonat (MeJA) dan kasein hidrolisat (KH). Keratan daun muda manggis dikultur di atas medium Murashige & Skoog (MS) dengan pelbagai jenis pengawalatur pertumbuhan untuk penginduksian kalus yang sesuai untuk kultur ampaian sel. Penginduksian kalus peroi sebanyak 65 % terhasil di atas medium 1.0 mg/L 6-benzilaminopurin (BAP)+ 1.0 mg/L 2,4-diklorofenoksiasetik (2,4-D) dan 1.0 mg/L BAP + 1.0 mg/L pikloram sebanyak 84.15%. Histologi kedua-dua perlakuan kalus ini dilakukan dan sel kalus di atas medium 1.0mg/L BAP + 1.0 mg/L 2,4-D telah dipilih kerana mempunyai sel yang isodiametrik. Kalus peroi yang terhasil di atas medium 1.0 mg/L BAP + 1.0 mg/L 2,4-D digunakan untuk menjana kultur ampaian sel. Kalus dikultur dalam medium cecair MS untuk menguji kesan kepekatan BAP dan 2,4-D, kesan sumber karbon dan kesan saiz inokulum terhadap pertumbuhan kultur ampaian sel. Perlakuan 0.5 mg/L BAP dan 0.5 mg/L 2,4-D adalah perlakuan yang terbaik di mana fasa log sel berlaku pada hari ke-25 berbanding perlakuan yang lain. Glukosa pula adalah sumber karbon yang terbaik dalam kultur ampaian sel manggis dengan purata penghasilan akhir sel mendapan 6.17 ml diikuti oleh sukrosa (5 ml), galaktosa (4.67 ml) dan maltosa (3.17 ml). Bagi kesan saiz inokulum (0.5 g, 1.0 g, 1.5 g) pula, semakin besar saiz inokulum, semakin tinggi penghasilan kultur ampaian yang dapat dicerap. Pemprofilan metabolit kalus dan kultur ampaian sel telah dijalankan menggunakan kromatografi cecair-spektrometri jisim (LC-MS) untuk membezakan kandungan metabolit di antara sampel kawalan dan sampel yang diaruh dengan metil jasmonat (MeJA) sebagai elisitor dan kasein hidrolisat (KH) sebagai nutrien tambahan. Analisis diskriminan multivariat menunjukkan perbezaan metabolit yang signifikan pada paras p < 0.05 bagi kalus dan kultur ampaian sel yang diaruh dengan MeJA atau KH berdasarkan plot skor dan plot pemuatan PCA. MeJA merangsang penghasilan glukosinolat iaitu 7-metilthioheptalnaldoksima; alkaloid seperti thiacremonone dan thalsimina; dan asid lemak seperti fosfatidil-ethanolamina. Manakala KH pula merangsang penghasilan alkaloid seperti 33ß,6ß-dihidroksinortropana dan cis-hinokiresinol; dan triterpenoid seperti schiderasaponin dan talinumosida. Kajian ini memberikan maklumat awal tentang penghasilan metabolit sekunder manggis melalui kultur in vitro yang seterusnya dapat membantu dalam industri farmaseutikal.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 114
Call Number: QP171.S568 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99186+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
252.81 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.