Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464272
Title: Analisis kefungsian protein C1ORF123 manusia menggunakan pendekatan interaksi pasangan homolog
Authors: Jastina Mat Yusop (P78532)
Supervisor: Zeti Azura Mohamed Hussein, Prof. Madya Dr.
Keywords: Proteins -- Analysis
Homology (Biology)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Jun-2019
Description: Protein hipotetikal C1ORF123 merupakan ahli di dalam famili domain DUF866 dan UPF0587 yang terpelihara di dalam organisma eukariot. Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa protein C1ORF123 wujud di dalam tapak jalan sindrom ovari berpolisistik (PCOS) di mana ia didapati berinteraksi dengan protein perencat kinase bersandar siklin (CDKN1A). Penemuan ini mencadangkan kemungkinan protein C1ORF123 memainkan peranan yang penting di dalam sistem kawal atur sel. Hasil kajian terkini juga mendapati protein C1ORF123 terlibat di dalam tapak jalan yang melibatkan sel kanser, metabolisme otot dan penyakit seperti obesiti, diabetis dan schizophrenia. Walau bagaimanapun, fungsi spesifik protein C1ORF123 masih belum diketahui. Di dalam kajian ini, pendekatan analisis jaringan interaksi protein-protein (IPP) protein C1ORF123 manusia dan homolognya telah digunakan bagi meramal fungsi protein ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jaringan interaksi protein-protein C1ORF123 homolog yang dapat diintegrasikan ke dalam jaringan C1ORF123 manusia untuk membentuk Jaringan Homolog Protein C1ORF123 Manusia. Jaringan ini telah dibina dengan menggunakan kaedah analisis interolog dan pemetaan homologen. Analisis jaringan ini boleh digunakan untuk memahami dan meramal fungsi protein C1ORF123 dengan lebih mendalam. Jaringan ini turut disahsahihkan dengan pendekatan proteomik. Hasil analisis jaringan mendapati kebanyakan protein yang berinteraksi dengan C1ORF123 merupakan protein yang berfungsi di dalam proses biologi di dalam mitokondria iaitu proses katabolik sel makromolekul (GO:0044257), translasi (GO:0006412), proses metabolik mRNA (GO:0016071) dan fosforilasi pengoksidaan (GO:0006119). Analisis jaringan juga mendapati, kumpulan fungsi molekul bagi pasangan interaksi protein C1ORF123 terlibat di dalam aktiviti sitokrom-c oksidase (GO:00004129), aktiviti peptida Nasetiltransferase (GO:0034212) dan aktiviti NADH dehidrogenase (GO:0003954). Sebanyak 125 pasangan interaksi baru protein C1ORF123 telah berjaya dikenal pasti. Eksperimen sahsahih jaringan di antara protein C1ORF123 dengan protein-protein terpilih iaitu CDKN1A, OGT, ANXA1 dan SRP19 telah mendapati bahawa protein C1ORF123 berinteraksi dengan protein OGT dan protein ANXA1. Hasil analisis mencadangkan protein C1ORF123 ini mempunyai peranan yang penting di dalam metabolisme tenaga di dalam otot dan di dalam sistem rantaian pengangkutan elektron di dalam mitokondria.,Sarjana Sains
Pages: 119
Call Number: QP551.J337 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113180+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.