Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464265
Title: Penjanaan dan proliferasi kalus kesum (Polygonum minus) serta penghasilan sesquiterpena dalam kultur ampaian sel
Authors: Piriyatasni Sellapan (P58528)
Supervisor: Normah Mohd Noor, Prof. Dr.
Keywords: Cell proliferation
Herbs
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Apr-2017
Description: Secara umum, kultur ampaian sel memberikan hasil metabolit sekunder yang rendah. Ketidakstabilan sebatian metabolit sekunder berlaku kerana pergantungan tumbuhan terhadap keadaan kultur untuk nutrien. Oleh itu, kajian ini memberi tumpuan kepada pengoptimuman keadaan kultur dan penghasilan sebatian sesquiterpena melalui kultur ampaian sel kesum (Polygonum minus) dengan elisitasi metil jasmonat (MeJA). Penentuan titisan sel juga telah dilakukan bagi menjamin penghasilan sesquiterpena yang stabil. Pengoptimuman keadaan kultur telah dikaji bagi memendekkan tempoh masa penjanaan dan proliferasi kalus yang sihat dan sesuai bagi penjanaan kultur ampaian. Faktor-faktor yang telah dikaji adalah pra-perlakuan dengan 2,4-D, pencahayaan, kultur medium asas, pengawalatur pertumbuhan, sumber karbon dan asid amino. Eksperimen pengoptimuman setiap keadaan kultur telah dijalankan secara serentak dan dikaji dengan kombinasi untuk mendapatkan medium/keadaan optimum bagi penjanaan dan proliferasi kalus. Antara semua kombinasi perlakuan yang telah dijalankan, penjanaan kalus kesum yang optimum telah dicapai pada ekspan daun yang telah diberi perlakuan dengan 5 mg/L 2,4-D selama 3 jam dan dikultur pada medium MS dengan 2 mg/L 2,4-D dan 4 mg/L NAA bersama 20 g/L sukrosa di bawah pengaruh cahaya. Manakala, bagi medium proliferasi kalus, MS ditambah 2 mg/L 2,4-D dan 4 mg/L NAA, 100 mg/L asparagin dan kombinasi sukrosa dengan sorbitol pada molariti 58 mM telah memberikan kadar proliferasi tertinggi, iaitu sebanyak 45-kali ganda berbanding perlakuan kawalan. Titisan sel kalus rapuh yang dikultur pada medium kawalan (MS dengan 2 mg/L 2,4-D dan 4 mg/L NAA serta 30 g/L sukrosa) dengan 11-kali kadar proliferasi dalam masa 6 minggu telah digunakan untuk menjana kultur ampaian sel. Perlakuan dengan MeJA sebagai elisitor pada kepekatan 50, 100, 150 dan 200 μM telah dilakukan pada hari ke-18 selepas kultur ampaian sel dijana. Kultur ampaian telah dituai pada hari pertama, ketiga dan keenam. Secara keseluruhannya, analisis pengekstrakan-mikro ruang kepala fasa pepejal (HS-SPME) diikuti Gas Chromatography-Mass Spectrometry (GC-MS) telah mengesan kehadiran 15 sebatian sesquiterpena. Antara kesemua sebatian tersebut, analisis multivariat menunjukkan α-muurolena sebagai sebatian yang berkesignifikanan dalam kajian ini. Penghasilan α-muurolena yang tertinggi (14.17%) telah dikesan dalam sel kalus daripada kultur ampaian yang telah dieram selama 3 hari pada kepekatan MeJA 100 μM. Medium cecair perlakuan yang sama telah megesan sebatian α-muurolena pada kandungan 0.72%, iaitu sebanyak 5% daripada kandungan dalam sel kalus daripada perlakuan tersebut. Secara kesimpulannya, penghasilan sesquiterpena dalam kultur amapaian sel kesum dipengaruhi oleh faktor kepekatan dan tempoh masa pengeramana MeJA yang berbeza.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Sains
Pages: 185
Call Number: QH604.7.P537 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_110590+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.