Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464261
Title: Pencirian fungsi protein hipotetikal CIORF123 melalui analisis struktur dan interaksi protein-protein
Authors: Siti Nurulnabila A Rahaman (P77026)
Supervisor: Ng Chyan Leong, Dr.
Keywords: Protein-protein interactions
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Jul-2018
Description: Protein-protein famili DUF866 adalah protein terpelihara pada organisma eukariot. Protein hipotetikal C1ORF123 tergolong di dalam famili DUF866 dengan fungsi biologi masih tidak diketahui. Objektif kajian ini adalah untuk memahami struktur dan fungsi protein C1ORF123 dengan menggunakan pendekatan kombinasi biologi struktur, interaksi protein-protein serta analisis bioinformatik. Pengekspresan protein telah berjaya dilakukan dalam sistem pengekspresan pET-E.coli. Protein berjaya ditulenkan, dihablurkan dan dibelaukan kepada resolusi 1.9 Å. Keseluruhan struktur C1ORF123 didapati serupa dengan struktur protein homolog Plasmodium falciparum MAL13P1.257 juga dari famili DUF866. Struktur C1ORF123 dikenalpasti terdiri daripada dua terminal bergandaan simetri dalaman dan kedua-dua bahagian ini merangkumi cas elektrostatik berbeza. Domain jejari zink terpelihara pada hampir semua DUF866 protein dan ditemui pada terminal-N protein bersama-sama rongga ikatan ligan. Analisis interaksi protein-protein melalui pemendakan immunokromatografi cecair jisim spektrofotometer (IP-LCMS) dengan menggunakan antibodi anti-C1ORF123 berjaya mengenalpasti protein-protein pasangan yang berinteraksi dengan protein C1ORF123, yang menghipotesiskan peranan C1ORF123 di dalam tapak jalan pemfosforilan pengoksidaan mitokondria.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 134
Call Number: QP551.5.S568 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_109863+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.