Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464251
Title: Penumbuhan zink oksida nanorod menggunakan proses hidroterma bagi pembuatan peranti penukar tenaga
Authors: Fitri Yenni Naumar (P69660)
Supervisor: Muhamad Mat Salleh, Prof. Dr.
Keywords: Hydrothermal alteration
Zinc oxide
Dye-sensitized solar cells
Universiti燢ebangsaan燤alaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-Jan-2016
Description: Filem nipis nanostruktur bahan semikonduktor zink oksida (ZnO) digunakan secara meluas dalam pembuatan peranti sel suria, dan sejak kebelakangan ini digunakan sebagai nanogenerator. Prestasi peranti tersebut sangat bergantung kepada nanostruktur ZnO yang digunakan. Tesis ini melaporkan kajian penumbuhan ZnO nanorod dengan kaedah hidroterma dan penggunaannya dalam peranti sel suria terpeka pencelup (DSSC) dan nanogenerator. Dalam proses penumbuhan ZnO nanorod, telah dilakukan tiga variasi kajian; iaitu kepekatan larutan pelopor, masa dan suhu penumbuhan. Pencirian XRD mendapati ZnO nanorod yang tumbuh adalah berstruktur heksagonal wurtzit dengan satah hablur yang dominan adalah (002), berorientasi sejajar pada arah paksi yang serenjang pada permukaan satah substrat. Hasil pencirian FESEM mendapati ZnO nanorod yang berjaya ditumbuhkan mempunyai diameter dari 43.47 nm hingga 96.89 nm, berketinggian dari 283.27 nm hingga 658.37 nm dan ketumpatan permukaan dari 132 hingga 182 bilangan/µm2. Diameter, ketinggian dan ketumpatan permukaan ini didapati meningkat dengan kepekatan larutan pelopor yang digunakan dan masa penumbuhan. Pemilihan suhu penumbuhan adalah sangat penting, dimana suhu penumbuh optimum adalah 90°C. ZnO nanorod digunakan dalam pembuatan peranti sel suria DSSC berstruktur FTO/ ZnO nanorod:pencelup / elektrolit/ platinum/ FTO. Prestasi DSSC adalah sangat dipengaruhi oleh diameter, ketinggian dan ketumpatan ZnO nanorod. Prestasi sel suria yang terbaik yang berjaya dihasilkan adalah Jsc 0.86 mA/ cm2, Voc 0.45 V, FF 0.38, dengan kecekapan sel suria η 0.16 %. Kajian penjana ZnO nanorod sebagai nanogenerator berasaskan sifat piezoelektrik dilakukan dengan mengguna alat AFM mod konduktif. Profil voltan yang dijanakan bagi suatu sampel adalah bergantung kepada kekasaran topografi permukaan iaitu kekasaran yang kecil akan menghasilkan voltan yang baik. Bagi kesemua sampel nilai voltan maksimum yang dijanakan adalah 0.31 mV,Sarjana Sains
Pages: 85
Call Number: QE390.5.N338 2016 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80531+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
247.25 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.