Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464244
Title: Sintesis dan pencirian nanorod zink oksida dengan didop kuprum untuk meningkatkan aktiviti fotomangkin
Authors: Jaenudin Ridwan (P104885)
Supervisor: Jumril Yunas, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Fotomangkin
Nanorod zink oksida
Chemical detectors
Issue Date: 18-Oct-2022
Description: Tesis ini mengkaji perkembangan nanorod zink oksida dengan dopan kuprum yang digunakan untuk meningkatkan aktiviti fotokatalitik. Cu sebagai dopan kepada ZnO digunakan untuk meningkatkan penjanaan elektron-lohong dan membesarkan spektrum lajur lebar penyerapan foton yang boleh mengaktifkan ZnO nanorod dalam pelbagai spektrum optik. Dalam kajian ini, nanostruktur ZnO telah disintesis pada substrat kaca menggunakan kaedah hidroterma. Hasil sintesis kemudiannya dianalisis menggunakan FESEM, EDX, XRD dan Raman, manakala sifat optikal dianalisis menggunakan spektrometer PL dan UV-Vis. Keupayaan fotokatalitik nanorod yang disintesis telah diuji dengan memerhatikan kemerosotan metilena biru (MB) dalam larutan selepas proses fotokatalitik menggunakan analisis UV-Vis. Hasil analisis FESEM menunjukkan nanorod yang diselaraskan secara menegak dengan struktur heksagon ZnO biasa dengan panjang nanorod dari 1.266 μm sehingga 3.026 μm untuk 3 dan 6 jam bagi tempoh pertumbuhan. Dopan Cu menjejaskan struktur fizikal nanorod dengan ketara. Panjang nanorod ZnO/Cu berkurang dengan peningkatan kepekatan dopan kuprum sebanyak 44%, manakala garis pusat nanorod ZnO meningkat dengan peningkatan kepekatan dopan kuprum sebanyak 36% berbanding ZnO yang tulen apabila didopkan dengan Cu berapa 15%.mol Analisis EDX mengesahkan kehadiran zink, oksigen zink, oksigen, dan kuprum. Elemen Cu didapati sebanyak 2.8 wt% yang terdop dalam nanorod ZnO. Sementara itu, puncak XRD menunjukkan penurunan dengan peningkatan kepekatan kuprum pada sudut Bragg pada di 34°, orientasi (0 0 2). Analisis Raman menunjukkan bahawa peningkatan masa pertumbuhan nanorod membawa kepada peningkatan intensiti Raman. Dua puncak dominan pada 96 cm-1 dan 433 cm-1 diperhatikan, yang sepadan dengan ciri-ciri intrinsik Raman aktif E2 mod (rendah) dan E2 mod (tinggi) wurtzite heksagon ZnO. PL ZnO/Cu menunjukkan foto pendarcahaya sampel ZnO terdop, yang lebih tinggi dalam semua spektrum cahaya nampak daripada Zn tulen Tiga puncak utama dapat diperhatikan sekitar 465 nm, 520 nm, dan 604 nm. Akhir sekali, ujian fotodegradasi pewarna metilena biru dalam larutan di bawah pencahayaan UV menunjukkan bahawa penurunan tertinggi pewarna MB sebanyak 35% telah diperolehi oleh nanorod ZnO fotomangkin terdop dengan kepekatan kuprum 4%. Kajian ZnO/Cu sebagai fotomangkin akan memberi manfaat kepada pembangunan nanorod berasaskan ZnO untuk rawatan air sisa industri bagi menambah baik kesihatan manusia dan kualiti alam sekitar.,Sarjana Sains
Pages: 115
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130957+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.72 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.