Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464238
Title: | Penjana nano berasaskan campuran komposit nano mengandungi PVDF, BaTiO3 dan MoS2 dengan pelarut bersekutu NMP |
Authors: | Ng Kong Eng (P94104) |
Supervisor: | Dee Chang Fu, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Komposit nano Tenaga sumber asli Nano piezoelektrik |
Issue Date: | 6-May-2020 |
Description: | Penjana nano piezoelektrik (PENG) telah dianggap sebagai salah satu cara alternatif untuk mengatasi kekurangan tenaga sumber asli dan juga untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar. Ia digunakan untuk menukar tenaga mekanikal ke elektrikal. Dalam kajian ini, bahan unsur aktif telah disediakan dalam bentuk cecair dan didepositkan secara berlapisan untuk membentuk lapisan-lapisan PENG yang fleksibel dan lut sinar. Lapisan-lapisan peranti PENG didepositkan dengan menggunakan kaedah salutan putaran. Penyemburan lapisan dengan salutan mengikut susunan yang berikut, dawai nano perak/komposit nano/ poly (3,4- ethylenedioxythiophene) polistiren sulfonat. Komposit nano merupakan pergaulan zarah nano barium titanat (BaTiO3), serpihan molibdenum disulfida (MoS2) dalam matriks polivinylidene fluorida (PVDF). Peranti PENG yang digunakan sebagai kawalan juga disediakan dengan pelarut dimethylformamide (DMF) and N-Methyl-2- pyrrolidone (NMP) untuk mengkaji pengaruh bahan-bahan tersebut terhadap keluaran voltan litar terbuka. Didapati bahawa peranti PENG dengan pelarut NMP boleh menjana 750 mV, tujuh kali ganda lebih tinggi daripada PENG dengan pelarut DMF, iaitu 100 mV. Penjelasannya adalah NMP mempunyai momen dwikutub yang lebih tinggi, interaksi dan interkalasi yang berlaku antara serpihan MoS2 dan rantaian polimer PVDF. Peranti ini juga boleh menjana voltan puncak-ke-puncak sebanyak 1.5 V dalam 5000 kitaran, 6 jam sehari turut-menurut selama 5 hari. Voltan ini dapat dikekalkan sekurang-kurangnya 95% sepanjang ujian ini tanpa penurunan yang ketara dalam pencapaian. Kajian ini amat penting kerana sumbangannya kepada penuaian tenaga dan bidang perubatan. Peranti ini yang lutsinar dan fleksibel menandakan aplikasinya kepada alat elektronik boleh lipat dan lut sinar. Selain itu, peranti sesuai diaplikasi di mana-mana untuk penuaian tenaga selagi tenaga kinetik disedia ada. Contohnya, ia boleh dipasang di kasut atau pakaian untuk menuai tenaga serta jantung manusia sebagai sumber tenaga kepada perentak jantung.,Sarjana Sains |
Pages: | 69 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123116+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.18 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.