Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464233
Title: Fabrikasi dan pencirian penjana nano piezoelektrik berasaskan rencam kuantum dot grafin, barium titanat dan poli-vinil florida
Authors: Elyani Abu Bakar (P86674)
Supervisor: Mohd Ambri Mohamed, Dr.
Keywords: iezoelectric devices
Electric power production
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Sep-2018
Description: Kajian ini adalah mengenai peranti penjana nano fleksibel yang boleh difabrikasi dengan menggunakan campuran komposit nano cecair yang terdiri daripada kuantum dot grafin (GQD), polimer poli-vinil florida (PVDF) dan barium titanate (BaTiO3) pada substrat fleksibel polietilena terephthalate (PET) dengan saiz 2.5 cm X 2.0 cm. Poli (3, 4-ethylenedioxythiophene) -poly (styrenesulfonate) (PEDOT:PSS) digunakan sebagai lapisan konduktif bawah boleh lentur. Lapisan berbilang telah didepositkan menggunakan kaedah salutan putaran manakala hubungan elektrod logam bahagian atas telah dibentuk dengan menggunakan teknik penyemburan salutan menggunakan wayar nano perak. Peranti penjana nano yang disepadukan dengan GQD direka untuk diuji pengaruh GQDnya ke arah prestasi elektrik dengan membandingkan peranti rujukan tanpa kehadiran GQD. Voltan keluaran yang lebih tinggi diperolehi daripada pengubah mekanikal mod penjana d33 untuk peranti penjana nano dengan isyarat keluaran positif 4.6 V berserta 48 ms saiz kelebarannya dengan tekanan sebanyak 265 mN pada kelajuan 2.73 ms-2. Perbezaan pada voltan dan arus boleh dibezakan di antara kedua-dua peranti ini. Ia dikaitkan dengan kehadiran GQD dalam meningkatkan voltan keluaran yang lebih tinggi dengan cas yang terperangkap kesan daripada kehadiran GQD dan fasa PVDF. Peranti penjana nano ini kemudiannya diteruskan pengujiannya dengan litar tambahan bagi menyalakan LED serta menguji kestabilan keseluruhan peranti tersebut selama 60 jam. Pemerhatian yang diperolehi daripada pengujian ini adalah, kestabilan keseluruhan dapat dicapai melalui penjana nano ini untuk mengeluarkan voltan sepanjang pengujian tersebut dijalankan manakala kedua-dua peranti ini berkebolehan menyalakan LED dalam masa tersendiri yang mana peranti berserta GQD mengambil masa yang lebih singkat berbanding peranti yang tidak menggunakan GQD. Sifat gelombang sinus disebabkan oleh kesan tekanan ke atas peranti telah diselidik. Terdapat perbezaan yang ketara pada lebar, bentuk gelombang, kenaikan dan kejatuhan masa dan juga tempoh penuh yang mewakili gerakan berasaskan harmonik yang digunakan pada struktur komposit nano oleh bahan komposisi pengisi yang berbeza pada peranti. Selain itu, ciri-ciri morfologi dan struktur juga telah dicirikan dengan menggunakan pencirian daripada Spektrum Raman, XRD serta FESEM dan yang membuktikan bahawa fasa- bagi zarah PVDF dan struktur tetragonal untuk BaTiO3 yang dikenalpasti sangat sesuai untuk aplikasi peranti piezoelektrik. Hasil spektroskopi Raman menunjukkan bahawa terdapat GQD yang mengubah fungsi nanokomposit pada lapisan unsur aktif peranti yang menyumbang kepada peningkatan prestasi voltan keluaran. Bagi peranti yang di bangunkan dalam tesis ini, kenaikan sebanyak 7.39 % peningkatan perestasi peranti bagi mod penjana d33 manakala 56.25 % peningkatan yang diperolehi daripada mod penjana d31.,Sarjana Sains
Pages: 70
Call Number: TK7872.P54E459 18 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121879+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.35 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.