Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464228
Title: Sifat optik bintik kuantum grafin yang disintesis menerusi kaedah solvoterma
Authors: Noor Far'ain Md Noor (P85813)
Supervisor: Muhamad Mat Salleh, Prof. Dr.
Keywords: Quantum dots
Semiconductors
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Apr-2018
Description: Bintik kuantum adalah bahan semikonduktor yang berskala 1-10 nm dan mempunyai ciri optik yang unik hasil daripada kesan kuantum. Kebanyakkan bintik kuantum terdiri daripada bahan semikonduktor inorganik yang sangat toksik. Sebagai alternatif tesis ini mengemukakan kajian penyediaan dan ciri optik bintik kuantum berasaskan struktur grafin. Bintik kuantum grafin disintesis menerusi teknik solvoterma menggunakan campuran asid sitrik dan urea dalam pelarut DMF. Dalam proses sintesis ini, masa pemanasan telah divariasikan untuk mendapatkan bintik kuantum yang berlainan saiz dan ciri optik. Pencirian TEM, XPS, FTIR, dan Raman membuktikan bahawa bintik kuantum yang disintesis adalah lembaran grafin mengandungi kecacatan dan kumpulan berfungsi nitrogen dalam jumlah peratus yang kecil. Saiz bintik kuantum adalah dalam julat 1-10 nm yang bergantung kepada masa proses pemanasan. Pencirian optik menunjukkan bintik kuantum ini bersifat pendarcahaya yang memancarkan cahaya asas bewarna biru, hijau, kuning, oren dan merah yang bergantung kepada saiz bintik kuantum berkenaan. Sampel bintik kuantum yang disediakan dengan masa pemanasan 2 jam ke atas kelihatan berpendarcahaya putih apabila disinari dengan cahaya ultralembayung sebagai hasil campuran pancaran pelbagai warna. Jurang tenaga yang dianggarkan dari spektrum serapan bagi sampel bintik kuantum yang disediakan selama 30 minit dan 1 jam atau lebih adalah masing-masing berpadanan dengan 3.16 eV dan 2.78 eV. Kajian lanjut memahami sifat optik bintik kuantum telah dilakukan secara simulasi mengguna perisian Material Studio dan modul DMol3.,Sarjana Sains
Pages: 99
Call Number: TK7874.88.N646 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119640+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.71 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.