Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464224
Title: | Resonans plasmon permukaan tempatan nanozarah emas bagi pengesanan formaldehida |
Authors: | Sri Nengsih (P48267) |
Supervisor: | Muhamad Mat Salleh, Prof. Dr. |
Keywords: | Surface plasmon resonance Nanoparticles Gold Gold -- Metallurgy Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 30-Dec-2011 |
Description: | Nanozarah emas menunjukkan fenomena resonans plasmon permukaan apabila disinari oleh cahaya nampak. Sifat plasmonik nanozarah emas sangat bergantung kepada saiz, bentuk dan kedielektrikan medium persekitarannya. Kepekaan sifat plasmonik nanozarah emas terhadap persekitaran memungkinkan untuk digunakan sebagai sensor bagi mengesan kehadiran bahan toksik formaldehida. Tesis ini melaporkan kajian ke atas penumbuhan nanozarah emas menggunakan kaedah pertumbuhan dengan berantara pembenihan (seed mediated growth method) dan kajian kepekaan penderiaan terhadap kehadiran formaldehida 37 % (formalin) dalam larutan air berasaskan sifat resonans plasmon permukaan tempatan nanozarah emas tersebut. Nanozarah emas telah ditumbuhkan di atas permukaan substrat kuarza dengan variasi masa pertumbuhan bagi mendapatkan nanozarah emas berlainan saiz. Masa pertumbuhan nanobenih emas bermula dari 30 minit hingga 16 jam telah berjaya menghasilkan nanozarah emas berbentuk sfera dengan saiz meningkat dengan masa pertumbuhan dari 25±5 nm hingga 47±13 nm. Apabila disinari cahaya nanozarah emas menghasilkan spektrum serapan optik dengan kedudukan puncak resonans bersandar kepada saiz nanozarah emas. Peningkatan saiz nanozarah mengganjak kedudukan puncak resonans ke merah dari 517 ke 544 nm. Satu sistem sensor optik berasaskan sifat resonans plasmon permukaan tempatan nanozarah emas telah dibangunkan. Kepekaan penderian sensor tersebut terhadap larutan formaldehida dalam air dikaji dengan mencerap perubahan puncak resonans dan keamatan spektrum serapan optik nanozarah emas. Kehadiran formaldehida telah meningkatkan keamatan spektrum serapan nanozarah emas dan mengubah kedudukan puncak resonans. Perubahan ini didapati meningkat terhadap peningkatan saiz nanozarah emas dan optimum pada saiz 35±8 nm. Kepekaan sensor terhadap variasi kepekatan formaldehida yang bermula dari larutan berkepekatan 3 % hingga 37 % menunjukkan keamatan puncak serapan optik meningkat secara linear dengan kenaikan kepekatan dengan pekali kelinearan hubungan tersebut adalah 0.86. Resonans plasmon permukaan tempatan nanozarah emas berhasil mengesan kehadiran larutan formaldehida serendah berkepekatan 3 %.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains |
Pages: | 92 |
Call Number: | TN760.S688 2011 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114747+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 10.41 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.