Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464223
Title: Pembinaan sensor pendar cahaya untuk pengesanan racun perosak dengan menggunakan filem nipis bintik kuantum zink kadmium selenida (ZnCdSe)
Authors: Norhayati binti Abu Bakar (P 46702)
Supervisor: Muhamad Mat Salleh, Prof. Dr.
Keywords: Sensor pendar cahaya
Racun perosak
Filem nipis bintik kuantum zink kadmium selenida (ZnCdSe)
Chemical detectors
Issue Date: 9-May-2011
Description: Racun perosak digunakan secara meluas dalam sektor pertanian bagi meningkatkan hasil pengeluaran tanaman. Namun demikian, racun perosak boleh memudaratkan kesihatan manusia, haiwan, ikan dan mendatangkan pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran air. Tesis ini melaporkan kajian pembangunan sistem sensor pendar cahaya untuk mengesan kehadiran racun perosak di dalam air dengan menggunakan filem nipis bintik kuantum. Kajian meliputi penyediaan bintik kuantum ternari ZnCdSe, rekabentuk sistem sensor dan pengujian sensor ke atas empat jenis racun perosak, iaitu racun kulat Ridomil G MZ 68 WP, racun serangga Dipel, Siven 85% WP dan Butir Terserak Air WG. Bintik kuantum ternari ZnCdSe disediakan menggunakan kaedah kimia basah pada suhu 350 °C dan divariasikan masa pertumbuhan hablur dari 30 saat hingga 10 minit. Didapati nanohablur bintik kuantum ternari ZnCdSe yang disediakan berukuran antara 1.5 nm hingga 7 nm, iaitu bergantung kepada masa pertumbuhannya. Berikutan dengan itu, panjang gelombang puncak spektrum PL berubah dari 515 nm hingga 609 nm mengikut peningkatan ukuran nanohablur itu. Sistem sensor pendar cahaya yang direkabentuk terdiri daripada diod laser sebagai sumber cahaya, penduga serat optik dupleks, spektrofotometer dan kebuk sensor yang mengandungi sampel racun perosak. Penduga serat optik dupleks berfungsi menyalurkan sumber cahaya penguja dan pancaran. Pada bahagian hujung serat optik terdapat permukaan kaca pada penduga yang dimendapkan dengan filem nipis bintik kuantum ternari ZnCdSe. Pengesanan racun perosak ini diukur dengan membandingkan spektrum pendar cahaya (PL) filem nipis ZnCdSe di dalam air nyahion dan di dalam larutan racun perosak dengan variasi kepekatan dari 2.5 μg/L hingga 2500 μg/L. Pengesanan dalam eksperimen ini menunjukkan spektrum PL filem nipis ZnCdSe menurun apabila dicelupkan ke dalam larutan racun perosak berbanding dengan puncak spektrum di dalam air. Peratus perbezaan penurunan PL meningkat dengan peningkatan kepekatan racun perosak dan bergantung secara linear kepada kepekatan racun perosak. Sensor ini boleh mengesan racun perosak di dalam air serendah 2.5 μg/L dan kepekaan sensor bergantung kepada jenis racun perosak. Pengiraan kepekaan sensor adalah 10.57±1.52, 9.11±1.38, 7.81±1.86 dan 4.19±1.66 bagi Siven 85% WP, Ridomil G MZ 68 WP, Dipel dan Butir Terserak Air WG. Sensor ini menunjukkan kebolehulangan yang baik untuk racun perosak Sevin 85% WP dan Ridomil G MZ 68 WP.,Master/Sarjana
Pages: 133
Call Number: TP159.C46.N665 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74371+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.