Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464211
Title: Budaya cinta ilmu dalam kalangan mahasiswa dan hubungannya dengan personaliti mukmin
Authors: Nur Hidayah Mohd Abd Malik (P77310)
Supervisor: Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Dr.
Keywords: Knowledge
Theory of (Islam)
Islam -- Study and teaching
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Sep-2018
Description: Mahasiswa seringkali berhadapan dengan konflik dan permasalahan sama ada dari aspek pembelajaran mahupun sahsiah. Peranan mereka sebagai agen dan perintis kepada kegemilangan ilmu pengetahuan dilihat semakin sirna. Justeru, tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri cinta kepada ilmu yang mampu mempertingkatkan kecemerlangan dalam kalangan belia Islam di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap budaya cinta ilmu dan personaliti mukmin dalam kalangan mahasiswa; mengenalpasti hubungan di antara budaya cinta ilmu dan personaliti mukmin mahasiswa; dan mengkaji perbezaan demografi mahasiswa di antara jantina dan kategori universiti terhadap kedua-dua elemen tersebut. Kajian ini menggunakan metode kuantitatif, dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan soal selidik. Kaedah persampelan rawak berstrata digunakan melibatkan 600 orang pelajar sarjana muda daripada tiga kategori universiti iaitu Universiti Awam, Universiti Swasta dan Universiti Penyelidikan di sekitar Lembah Kelang. Nilai kebolehpercayaan instrumen soal selidik ini adalah tinggi dan boleh diterima kedua-duanya ciri-ciri pencinta ilmu dan personaliti mukmin (α = 0.91). Data kajian kuantitatif dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif, analisis korelasi pearson, dan analisis varian dua hala (Two-Way ANOVA). Hasil kajian menunjukkan bahawa skor ciri-ciri pencinta ilmu dan personaliti mukmin dalam kalangan responden adalah pada tahap tinggi dan sederhana di antara kedua-dua item. Ujian korelasi Pearson pula menunjukkan wujud hubungan tinggi dan sederhana di antara item ciriciri pencinta ilmu dengan item personaliti mukmin. Hasil keputusan ujian ANOVA dua hala terhadap pemboleh ubah Ciri-ciri pencinta ilmu menunjukkan kesan utama pemboleh ubah bebas kategori universiti sahaja (F2, 594 = 10.197, k < .05). Manakala kesan interaksi antara kedua-dua pemboleh ubah bebas (jantina*kategori universiti) terhadap pemboleh ubah terikat (Ciri-ciri Pencinta Ilmu) tidak wujud perbezaan secara signifikan (F2, 594 = 1.391, k > .05) begitu juga dengan jantina terhadap Ciri-ciri Pencinta Ilmu (F1, 594 = .026, k > .05). Manakala, bagi ciri-ciri personaliti mukmin hasil keputusan ANOVA dua hala terhadap pemboleh ubah Personaliti Mukmin menunjukkan kesan utama pemboleh ubah bebas kategori universiti sahaja (F2, 594 = 9.286, k < .05). Manakala kesan interaksi antara kedua-dua pemboleh ubah bebas (jantina*kategori universiti) terhadap pemboleh ubah terikat (personaliti mukmin) tidak wujud perbezaan secara signifikan (F2, 594 = 1.224, k > .05) sama juga dengan jantina terhadap Personaliti Mukmin (F1, 594 = .038, k > .05). Kajian ini memberikan gambaran bahawa tahap budaya cinta ilmu dan personaliti mukmin dalam kalangan mahasiswa masih berada pada tahap sederhana dari aspek praktikalnya. Implikasi kajian ini menunjukkan kepentingan pembudayaan ilmu dan personaliti mukmin dalam membentuk kecemerlangan individu dan pelajar yang beragama Islam.,Sarjana Peradaban Islam
Pages: 126
Call Number: B745.K53N48 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106614+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.