Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464210
Title: Pengaruh agen sosialisasi terhadap literasi kitar semula dalam kalangan belia Muslim
Authors: Norazmira Abdul Raman (P74998)
Supervisor: Maisarah Ahmad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Refuse and refuse disposal
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Mar-2017
Description: Aktiviti dan tingkah laku kitar semula merupakan alternatif bagi menguruskan penjanaan sisa pepejal yang kian meningkat. Namun begitu, keberkesanan faktor-faktor yang mempengaruhi dan meningkatkan tingkah laku kitar semula terus menjadi persoalan kerana penglibatan terhadap niat tingkah laku kitar semula di Malaysia masih rendah iaitu sebanyak 15% berdasarkan statistik daripada Solid Waste Corporation (SWCorp 2015). Justeru kajian ini bertujuan meneliti pengaruh agen sosialisasi seperti keluarga, rakan sebaya, media massa dan institusi terhadap literasi kitar semula dalam kalangan belia Muslim. Kerangka kajian dibangunkan melalui pendekatan Teori Sosialisasi Pengguna (TSP) (Moschis & Churchill 1978). Data kajian pula, diperolehi melalui pendekatan kuantitatif manakala instrumen bagi kajian ini merupakan set borang soal selidik. Item-item bagi soal selidik adalah diadaptasi daripada beberapa pengkaji lepas dan dilaksanakan secara keratan rentas (cross-sectional). Kaedah pensampelan mudah (convenience sampling technique) digunakan untuk mengedarkan sebanyak 400 borang soal selidik kepada responden di IPT awam dan swasta sekitar Lembah Klang. Walaubagaimanapun, hanya 388 borang soal selidik yang boleh digunakan bagi tujuan analisis. Hasil kajian berdasarkan analisis regresi berganda mendapati pemboleh ubah peramal seperti keluarga, rakan sebaya, media massa dan institusi mempunyai hubungan yang signifikan dengan literasi kitar semula iaitu pengaruh keluarga, rakan sebaya, youtube, ibu, SWCorp, laman blog dan adik menyumbang sebanyak 41.0% (r = .64) perubahan varians terhadap literasi kitar semula dalam kalangan belia Muslim. Dapatan kajian ini memberi perspektif baru dalam konteks pemasaran tentang pengaruh agen sosialisasi melalui pendekatan Teori Sosialisasi Pengguna dengan mengambil kira agen sosialisasi sebagai salah satu strategi yang berupaya mempengaruhi dan memupuk literasi kitar semula dalam kalangan belia Muslim. Oleh itu, ia memberi peluang kepada pemasar dan agensi yang berkaitan bagi meningkatkan pemahaman agen sosialisasi terhadap literasi kitar semula melalui program literasi dan perlaksanaan promosi yang berkesan. Bagi menambahbaik kajian sedia ada, kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif harus digabungkan agar dapat meningkatkan keyakinan terhadap penemuan hasil kajian yang efektif.,Sarjana
Pages: 107
Call Number: TD794.5.N677 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102164+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.94 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.